CEO Xiaomi Jelaskan Kenapa Fungsi Kalis Air Tidak Hadir Pada Peranti Xiaomi



Trend telefon pintar dengan fungsi kalis air sudah menjadi sebuah fungsi yang ‘wajib’ buat semua telefon pintar flagship. Sama ada pengguna perlu atau tidak, ketiadaan fungsi ini dilihat sebagai suatu kelemahan. Namun tidak bagi Xiaomi, Syarikat pengeluar telefon pintar dengan harga yang rendah ini masih belum mengeluarkan telefon pintar dengan fungsi kalis air.

Bagi mendapatkan kepastian atas tindakan yang dilakukan Xiaomi, sebuah temuramah telah dibuat bersama CEO Xiaomi, Lei Jun dan ini adalah dua sebab mengapa Xiaomi tidak hadir dengan fungsi kalis air.
Xperia_ZR
Lei Jun berpendapat mempunyai fungsi ini bakal membuatkan telefon pintar mudah rosak dalam jangka masa panjang. Kerosakan di bahagian dalam telefon pintar juga bakal lebih parah dengan adanya fungsi kalis air ini. Mungkin benar apa yang diperkatakan. Sony siri Xperia Z yang sebelum ini gah dengan fungsi kalis air kini tidak lagi menawarkan fungsi yang sama pada telefon pintar terbaru mereka iaitu Xperia X.
Seterusnya, penggunaan teknologi kalis air bakal meningkatkan kos pembuatan telefon 20-30%. Seperti yang kita ketahui, Xiaomi sememangnya pengeluar telefon pintar flagship sejak beberapa tahun lepas lagi. Xiaomi Mi5 yang baru sahaja dilancarkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 820 juga dijual sekitar RM1399. Sangatlah berbeza dengan telefon pintar flagship keluaran Samsung, HTC dan Sony.
Lei Jun, chairman of Chinese smartphone maker Xiaomi, holds up the latest models of the Xiaomi Note at a press event in Beijing, Thursday, Jan. 15, 2015. The Chinese manufacturer on Thursday unveiled a new model that Lei said has processor size and performance comparable to Appleís iPhone 6 but is thinner and lighter. (AP Photo/Ng Han Guan)
Dalam pada itu, Lei Jun tidak menolak spekulasi bakal mengeluarkan telefon pintar dengan fungsi kalis air. Namun, semuanya tertakluk kepada permintaan pelanggan yang sudi membayar lebih untuk fungsi tersebut.
Pada pendapat anda, adakah fungsi kalis air sangat penting buat telefon pintar anda? Adakah anda hanya memilih telefon pintar dengan fungsi kalis air apabila mendapatkan telefon baru? Kongsikan dengan kami di ruang komen di bawah.

0 comment... add one now