Cara Semak Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Secara Online Atau SMS

Menyemak saman trafik tertunggak PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES) teramatlah mudah sekarang. Anda boleh membuat semakan secara online ataupun menerusi SMS.


I) Semak saman secara online

Terdapat 3 portal yang menyediakan servis ini dan kesemuanya percuma:
1. MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di sini. Ikuti langkah-langkah di bawah:
  1. Layari www.myeg.com.my.
  2. Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
  3. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  4. Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
  5. Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.
MYEG juga ada menyediakan servis yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baru. Langganan servis ini adalah percuma.
2. Rilek e-Services
Laman ini sah untuk saman yang dikeluarkan PDRM sahaja.
  1. Layari laman Semakan Saman PDRM dan daftar (sekiranya belum daftar).
  2. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  3. Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.
  4. Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.
3. JPJ
Laman ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.
  1. Layari laman Semakan Saman JPJ.
  2. Di bawah tajuk "Semakan Saman", klik menu dropdown untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN. 
    (contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567) 
  3. Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
  4. Akhir sekali klik butang "Semak". Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk "Hasil Carian".
saman trafik


II) Semak saman melalui SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
Berikut adalah cara menyemak saman melalui SMS:
► Untuk semak saman PDRM
  • Taipkan
    POLIS SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan]
    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.
    Contoh:
    POLIS SAMAN 841220122332 atau 
    POLIS SAMAN WEP1234
  • Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
    POLIS SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan] [email]
    dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email tersebut.
    Contoh:
    POLIS SAMAN 740523015555pemandusopan@gmail.com
► Untuk semak saman JPJ
  • Taipkan
    JPJ SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan]
    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
    Contoh:
    JPJ SAMAN 841220122332 atau 
    JPJ SAMAN WEP1234
Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, dan mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.

Kredit - putraheights 

0 comment... add one now