Cara renew lesen memandu Malaysia secara online di MYEG

Servis MYEG memudahkan rakyat Malaysia renew lesen memandu kenderaan secara atas talian (online). Dalam 10 minit, lesen memandu anda berjaya di perbaharui, tanpa perlu keluar bersesak di pejabat POS dan sebagainya. Tunggu tak sampai 2 hari, lesen memandu baharu telah sampai ke tangan anda. Berminat untuk memperbaharui lesen memandu secara online? Jom kita baca..

1. Daftar atau login akaun anda di MYEG
2. Klik pada pautan Jabatan Pengangkutan Jalan
renew-license-online2

3. Klik pada pautan Driving License Renewal (Baharui Lesen Memandu)
renew-license-online3
4. Masukkan maklumat anda, dan pada Collection Method (Kaedah Pengambilan), pilih Delivery / Penghantaran
renew-license-online4

5. Selepas semua maklumat di perlukan di isi, klik hantar borang.
renew-license-online5

6. Maklumat yang di isi sebelumnya akan di paparkan untuk tujuan pengesahan. Jika semua maklumat adalah betul, klik butang Proceed/Teruskan
renew-license-online6

7. Pilih pembayaran melalui Other Payments (Credit Card, Online Banking)
8. Klik pada butang Online Banking jika anda mahu menggunakan Maybankk2u, CIMB Clicks dan lain-lain. Jom lihat tutorial daftar Maybank2u
renew-license-online8renew-license-online9renew-license-online10renew-license-online11renew-license-online12

9. Jika pembayaran anda berjaya, anda akan di berikan pengesahan bayaran oleh MYEG untuk pembaharuan lesen memandu anda.
renew-license-online13

10. Lesen memandu baru anda akan sampai dalam masa 1-2 hari bekerja. Mengikut pengalaman saya, servis yang sangat pantas kerana saya pernah menerima dalam hari yang sama, wow! Jika anda belum terima renew lesen memandu selepas 3 hari, bolehlah hubungi 03-7801 8888 atau emel help@myeg.com.my
Selamat mencuba 😉

0 comment... add one now