Cara membeli tiket bas online melalui easybook.com

Untuk membeli atau menempah tiket bas online adalah mudah. Di bawah adalah panduan berdasarkan penempahan tiket bas secara online melalui laman easybook.com
Langkah 1 – Membuat Carian Laluan Bas
1.1 Isikan maklumat berkaitan seperti perjalanan pergi balik atau sehala, bertolak dari (tempat ambil), tiba di (tempat turun), tarikh dan masa serta jumlah penumpang.
1.2 Klik pada “Cari Perjalanan Anda”
Carian Laluan Bas
Langkah 2 – Memilih Tempat Duduk Bas
2.1 Satu paparan terperinci jadual perjalanan-perjalanan bas akan dikemukakan seperti dibawah berdasarkan pencarian perjalanan anda di Langkah 1.
Keputusan Jadual Perjalanan Bas
2.2 Klik “Pilih Kerusi” pada waktu perjalanan dan syarikat bas pilihan anda.
2.3 Satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul. Klik nombor tempat duduk pilihan anda dan tekan butang “Teruskan”
Memilih Tempat Duduk Bas

Langkah 3 – Isikan Butiran Dan Cara Bayaran
3.1 Isikan maklumat pemungut tiket. Contoh dibawah adalah untuk destinasi dari TBS ke Melaka dan menggunakan bas Cepat & Cekap Express.
Masukkan Butiran dan cara bayaran
3.2 Pastikan maklumat perjalanan anda betul.
3.3 Pilih Cara Bayaran
– Pilih “Pilihan 1“untuk pembayaran menggunakan Visa & Mastercards
– Pilih “Pilihan 2” untuk pembayaran secara internet banking.Jika anda memilih Pilihan 2, anda seterusnya boleh membuat pilihan-pilihan bayaran seperti dibawah. Pilihan 2 ini dikenakan bayaran 1% daripada jumlah yang tertera.
Bayaran Pilihan 2 Publish V1
– Pilih “Pilihan 3” untuk pembayaran menggunakan Paypal. Jika menggunakan pilihan ini anda akan dikenakan caj 3.5% (terhadap jumlah tertera) + RM2.
3.4 Pastikan and “tick” setuju pada polisi Easybook.
3.5 Klik “Bayar Sekarang”
Langkah 4 – Membuat Pembayaran
4.1 Akan muncul laman pembayaran seperti dibawah. Contoh ini adalah jika anda menggunakan kredit kad atau debit kad sebagai cara pembayaran. Isikan maklumat seperti yang diminta.
Credit Card Payment Page
4.2 Akan muncul laman pengesahan/kebenaran oleh Bank anda (Contoh ini menggunakan kad Ambank). Isikan maklumat seperti yang diminta. Dan kemudian klik “Submit”.
Credit Card authorization
4.3 Jika pembayaran anda diterima dan berjaya maka satu email “Order Summary” akan dihantar kepada anda. Dan juga selepas pembayaran berjaya anda akan berada di laman keputusan pembayaran seperti contoh dibawah. (terkandung maklumat “Order Summary”).
Order Summary
4.4 Selesai urusan pembelian tiket bas secara online. Sila baca maklumat didalam “Order Summary” untuk maklumat lanjut dan langkah yang sepatutnya anda ambil sebelum menaiki bas pada hari bertolak.
Nota: Jika anda rasa memerlukan maklumat lanjut anda boleh menelefon atau email portal penempahan tiket anda. Dan contoh di atas menggunakan laman Easybook.com untuk menempah tiket bas secara online.
Portal Penempahan Tiket Bas Online Di Malaysia
  1. Easybook.com
  2. Busonlineticket.com

0 comment... add one now