Cara Elakkan Blog Dari Kena Hack

Blog kena hack?
Di dalam blog post ini saya akan tunjukkan kepada anda macam mana untuk mengelakkan blog anda daripada kena hack.
Tak dapat dinafikan, di luar sana ada mereka yang suka menggunakan cara kotor untuk mendapatkan keuntungan.
Salah satu perkara yang dilakukan hackers ialah menggodam blog anda kemudiannya mengugut anda supaya anda memberikan wang dan mereka restore kembali blog anda.
Menurut kajian oleh Ponemon Research Institute dan Juniper Networks mendedahkan bahawa 90% daripada laman web syarikat di Amerika Syarikat telah dihack.
Ada juga yang hack blog untuk suka-suka sahaja. Ada banyak kategori hackers ni. Paling mudah ialah mereka yang menggunakan skrip menggodam yang tersedia. Kita panggilnya script kiddies. Ada yang lebih hebat dan membuat tools mereka sendiri dan itu adalah mereka yang tahap lebih tinggi daripada biasa.
Sebagai seorang bloggers, kita mungkin akan menyebabkan seseorang itu sakit hati dan memberi sebab kepada orang untuk hack blog anda. Anda kena hackproof blog anda dan mengurangkan risiko daripada digodam.
Itu pentingnya anda bersedia dengan segala tools yang ada untuk menyalamatkan diri anda.
Bagaimana untuk memastikan blog anda lebih selamat dengan menggunakan beberapa tools yang disediakan oleh pelbagai syarikat keselamatan siber.
Di bawah ada beberapa tips untuk anda. Nasihat ini spesifik untuk pengguna WordPress (ada juga yang umum)
1. Buang user admin
Biasanya hackers ni secara automatik cuba login menggunakan akaun admin. Buang user admin tu. Buat akaun baru untuk kegunaan anda
2. Jangan simpan password dalam komputer
Terutama sekali kalau anda suka gunakan Internet percuma di cafe. Kalau anda tersalah connect Internet, boleh nahas password dalam komputer anda.
Anda kena tahu bezakan network mana legit (betul-betul ada Internet) ataupun yang palsu di mana hackers buat semata-mata untuk dapat connection kepada anda.
3. Minimakan penggunakan plugin
Security exploit dalam plugin tersebut boleh menyebabkan hackers menggunakan kelemahan itu.
4. Pastikan htaccess anda telah diubah
Boleh gunakan salah satu daripada dua ini:
5. Tukar password jika website anda pernah compromised.
Kalau anda tahu laman web anda pernah dihack, anda kena ubah password, terutama sekali kalau web hosting anda sendiri pernah dihack masuk.
6. Pastikan web hosting anda mempunyai antivirus sekurang-kurangnya boleh track malware yang common dan delete benda tersebut.
7. Jika anda hargai blog anda dan identiti anda di Internet, jangan simpan password dalam emel.
Senang cerita macam ni lah: kalau emel anda compromised, segala segala password social network, blog dan akaun-akaun yang telah anda simpan di dalam emel semuanya akan diketahui oleh hackers.
Bak kata Mat Saleh, don’t keep all your eggs in one basket.
Kalau boleh, ingat dalam kepala anda password-password anda.
Selain daripada itu, anda boleh gunakan perisian seperti Last Pass sebagai password manager anda.
Tapi saya paling suka kalau guna otak. Itu paling selamat. Anda sahaja yang tahu password anda dan anda perlu pastikan anda tidak bagi password anda sewenang-wenangnya.
8. Guna plugin dari Sucuri untuk lihat selamat mananya anda.
Sumber :kokotiam 
Cara Elakkan Blog Dari Kena Hack

1 comment... add one now

Hasrul Hassan Hasrul Hassan Jun 20, 2016
hmm sib baik guna blogspot .. ekekeke