Cara Bezakan iPhone original dengan iPhone Klon



Kini terlalu banyak iPhone yang kita nampak macam original tapi sebenarnya ia iPhone klon atau iphone yang telah dibaiki dan dijual semula.
Secara jujurnya, iphone masih lagi menjadi pilihan orang ramai terutamanya remaja.
 
Bagi yang biasa dengan system iOS, mereka sudah tahu bezakan User Interface (UI) iOS yang original, dan juga secara fizikal iPhone berkenaan. Bagi yang tidak biasa pula, mereka mungkin tidak tahu langsung perbezaannya. Ini adalah langkah bezakan iPhone original dengan iPhone Klon.



 
1. Simkad yang telah dipotong, MicroSim untuk iPhone 4/4S, Nano Sim untuk iPhone 5 ke atas.
 
2. Masukkan simkad untuk pastikan iphone original. Simkad diperlukan untuk masuk homescreen. Iphone klon tidak memerlukan simkad. Cara ini juga boleh mengetahui sama ada iPhone tersebutsimlocked atau unlocked. Jika Sim Not Valid, itu tandanya Sim Locked(tidak boleh guna Telco Malaysia secara asasnya).
 
3. Connect to Internet (Wifi atau Mobile Data) > masuk AppStore > Download simple apps macam Apple Store > nanti akan popup untuk sign in Apple ID. Untuk klon, ia akan minta Google Play atau selain daripada Apple ID. 

4. Boleh juga masuk di Settings > General > About , dan tengok kapasiti. Kapasiti iPhone original tidak akan tepat-tepat. Contohnya kalau 16GB, kapasiti iPhone original adalah dalam 11.0 hingga 13 GB sahaja, bukan 16GB. 

 

Iphone baru mestilah mempunyai warranty yang belum lagi diaktifkan. Semak warranty anda di checkcoverage.apple.com ambil serial number pada Setting>General>About.
 
Info pada kotak boleh ditiru, tetapi info pada settings iPhone original tidak boleh ditiru.
 


Gambar di atas jelas menunjukkan Iphone belum lagi diaktifkan. Untuk Iphone second hand, warranty sudah diaktifkan ataupun telah habis.
 


Tolong JANGAN PERCAYA seller macam ni.
IMPORT set yang BARU, mestilah mempunyai warranty yang belum diaktifkan.
Dengan itu la ia layak dipanggil set baharu.
Jika warranty sudah habis atau masih berjalan official warranty Apple, itu tandanya iPhone itu second hand atau refurbished.
Anda boleh juga check Calling Time, untuk melihat, pergi ke Settings > Mobile/Cellular > Call Time > LifeTime , jika bukan 0, maknanya, sudah digunakan untuk membuat panggilan ataupun ianya adalah unit Second Hand.

Jadi sebelum membeli tak kira brand apa, pastikan anda rujuk pada yang pakar. 

Sumber clickuz.com

0 comment... add one now