Calvin Harris dedah punca sebenar putus cinta dengan Taylor Swift

Calvin Harris dedah punca sebenar putus cinta dengan Taylor Swift

PENERBIT dan DJ terkenal, Calvin Harris, menjelaskan hubungannya dengan bintang pop Taylor Swift, putus bukan kerana orang ketiga.

Sebaliknya, Harris, melalui akaun Twitter memberitahu, mereka bersetuju membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan itu kerana jodoh tidak kesampaian dan mereka masih saling menghormati dan menyayangi satu sama lain.

Biarpun media antarabangsa melaporkan Swift masih kecewa dengan apa yang terjadi, namun dia nyata dapat menerima keadaan itu malah turut retweet status berkenaan.

Portal E!Online sebelum ini melaporkan Harris yang mahu hubungan mereka diputuskan.

"Mereka tidak bergaduh, cuma hubungan mereka tidak berjalan seperti yang diharapkan.

"Harris yang mahu memutuskan hubungan. Swift kecewa tetapi faham dengan keputusan itu dan mereka masih berkomunikasi," kata satu sumber kepada portal E!Online.

Peminat Swift tidak ketinggalan meluahkan rasa terkilan mereka apabila hubungan pasangan yang disifatkan sama cantik sama padan itu tidak berakhir seperti yang diharapkan, namun ada sebahagian netizen yang agak sinikal.

Malah ada yang sempat berjenaka hubungan yang tidak kesampaian itu akan memberi ilham kepada Swift untuk menghasilkan lebih banyak lagu hit, seperti mana yang sering dilakukannya sebelum ini.





Swift, 26, dan Harris, 32, diperkenalkan oleh Ellie Goulding pada Februari tahun lalu dan mula keluar bersama sebulan selepas itu.

0 comment... add one now