Brexit: Keputusan Mengejutkan Britain Ucap ‘Selamat Tinggal’ Pada Kesatuan Eropah (EU)

Brexit: Britain Ucap 'Selamat Tinggal' Pada EU

Dalam satu pungutan suara bersejarah, majoriti warga Britain telah mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), sebuah keputusan yang akan merubah sama sekali iklim politik dan sosioekonomi negara itu, selain menjejaskan hubungan serantau yang telah terjalin sejak Perang Dunia Kedua.
Pasaran kewangan antarabangsa menjunam dengan drastik sejurus keputusan awal menunjukkan undian ‘Keluar’ mencatatkan pilihan majoriti sebanyak 51.8 peratus, lapor Reuters.
Nilai matawang Pound Sterling juga mengalami penjejasan terburuk iaitu 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, iaitu penurunan paling rendah dalam tempoh 31 tahun akibat kegusaran pasaran jika keputusan untuk meninggalkan EU itu menjejaskan pelaburan ekonomi ke-5 terbesar dunia itu.

0 comment... add one now