Boleh tak buka pintu kapal terbang pada paras tinggi ketika penerbangan?

Baru-baru ini ada kes seorang lelaki cuba untuk buka pintu kapal terbang pada paras 38,000 kaki untuk merokok. Lelaki tersebut dikatakan mempunyai masalah mental setelah dianalisa oleh doktor.
Insiden ini membuatkan ramai orang tertanya sama ada pintu kapal terbang boleh dibuka di tengah-tengah penerbangan pada paras yang tinggi.
Walau bagaimanapun, ianya adalah tidak mungkin untuk membuka pintu kapal terbang ketika sedang terbang. Ini yang dikatakan oleh seorang pilot yang juga seorang blogger dengan nama Patrik Smith melalui blog beliau – ‘Ask the Pilot’.
“Anda tidak boleh – saya ulang, tidak boleh – untuk membuka pintu atau hac kecemasan kapal terbang ketika sedang terbang. Anda tidak boleh bukanya atas satu sebab iaitu tekanan dalam kabin tidak membenarkannya.”
Walau macam mana sekalipun yang anda lihat dalam filem, membuka pintu kapal terbang pada paras ketinggian cruise, tidak kira apa-apa cara sekalipun, cubaan untuk membuka pintu akan gagal.
“Walaupun pada altitud rendah di mana tekanan kabin adalah jauh lebih rendah, perbezaan 2 PSI yang tidak seberapa pun adalah lebih daripada kemampuan seorang manusia – walaupun anda minum 6 cawan kopi dan gangguan daripada jeritan bayi.
Pintu itu juga menggunakan satu siri selak elektrik dan/atau mekanikal untuk memastikan ianya lebih selamat.”

0 comment... add one now