Blizzard Entertainment & Facebook bekerjasama untuk kongsikan pengalaman permainan dalam laman sosial

blizzard-logo
Siapa yang kaki game kat luar sana mesti pernah dengan nama Blizzard Entertainment kan? Kalau nak tahu, game Starcraft, Diablo, Warcraft, dan World of Warcraft antara game yang paling famous pernah dikeluarkan oleh Blizzard.
Siapa tak kenal Warcraft kan? Kalau korang nak tahu, Defense of the Ancient (DOTA) itu asalnya dari platform game Warcraft 3 la. Punya besar pengaruh game ni, sampai pengasasnya Ice Frog buat sendiri platform game yang dipanggil DOTA2.
Ok berbalik kepada cerita asal, Blizzard Entertainment kini sedang dalam proses untuk bekerjasama dengan Facebook untuk memberikan semua pemain game di luar sana kebolehan untuk berkongsi pengalaman permainan mereka di laman sosial!
blizzard-entertainment-world-of-warcraft-2510240-1550x923
Kerjasama ini dikatakan untuk menghasilkan satu integrasi antara Blizzard Entertainment dengan Facebook Live untuk semua game pada komputer mereka. Jadi mereka boleh membuat siaran langsung game seperti ‘Diablo’ dan‘Starcraft’ melalui akaun Facebook mereka.
Contohnya, bila ada rakan yang suka tengok cara permainan anda, dia boleh subscribe dengan channel anda dan akan dihantar notifikasi apabila siaran langsung terbaru sedang berlangsung.
Blizzard juga kini sedang berusaha untuk menggunakan Facebook Login pada setiap permainan komputer mereka. Ini membolehkan pengguna menggunakan akaun Facebook untuk masuk ke dalam game seperti World of Warcraft, Starcraft dan Diablo.
BlizzCon-2015_Blizzard-EVP-Gio-Hunt-800x600
Fungsi utama adalah untuk memberikan kebolehan untuk berkongsi pendapat, pandangan dan membincangkan kandungan game tersebut.
Gio Hunt, naib presiden eksekutif operasi korporat di Blizzard mengatakan yang ini merupakan satu langkah untuk memberikan pengalaman yang baru kepada pemain game di luar sana!
“Game Blizzard adalah menarik apabila dimainkan bersama rakan-rakan, jadi ianya adalah penting bagi kami untuk memberikan pemain-pemain ini servis dan ciri-ciri yang senang dan menarik untuk berkongsi pengalaman mereka antara satu sama lain.
“Kami sedang bekerjasama dengna Facebook untuk integrasi ini bagi game Overwatch, dan juga game lain, dan kami akan terus berkongsi pelan kami untuk menunjukkan perkembangan kemajuan kami,” kata Hunt.
P/S: Gila cepat berkembang dunia permainan video ini. Kalau pergi ke China, siap ada kolej yang tawarkan program gaming sebagai satu bidang profesional. Lain macam dah dunia game zaman sekarang!

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 10, 2016
Gamers skang dh dapat dia org pny tempat dekat dunia skang kan.