Bintang Terkenal Hollywood, Arnold Schwarzenegger Terkencing Dalam Seluar Gara-Gara Takut Dikejar Gajah



Bintang terkenal filem The Terminator , Arnold Schwarzenegger  diancam oleh seekor gajah liar yang bertindak mengejar kenderaan yang dinaiki ketika sedang melawat sebuah taman safari di Cape town.
 
Gara-gara cemas dan takut dengan insiden tersebut, Arnold berdepan dengan situasi yang menakutkan sehingga menyebabkan beliau terkencing dalam seluar.
 
Bekas Gabenor California ini menceritakan gajah tersebut melibas telinganya ke arah kenderaan dimana ketika itu Arnold sedang berada di bahagaian belakang tempat duduk kenderaan tersebut.
 
Walau bagaimanapun, pemandu pelancong terpaksa mematikan kenderaan untuk tidak menakutkan gajah tersebut. Gajah liar itu kemudiannya berhenti mengejar mereka dan terus lari masuk ke dalam hutan.
 
Video yang dirakam oleh Arnold dimuat naik ke laman sosialnya dan ditonton lebih 300k netizen.
 
Kata Arnold, itu merupakan pengalaman yang menakutkan pernah terjadi. Pesan bintang terkenal, walaupun haiwan ini diklasifikasikan sebagai haiwan liar, namun janganlah sesekali masyarakat membunuhnya atas dasar inginkan keuntungan. 
 

0 comment... add one now