Betul ke? Puasa Di Negara Eropah Sampai 21 Jam!


Bagi penduduk di garisan Khatulistiwa seperti Malaysia kehadiran Ramadan tidak pernah menjadi ‘kebimbangan’, tidak kira pada musim apa bulan suci itu muncul sepanjang tahun.
Namun bagi penduduk di negara yang mempunyai empat musim, kehadiran Ramadan pada musim panas iaitu dari bulan Jun hingga Ogos setiap tahun menimbulkan sedikit kebimbangan kerana pada ketika itu tempoh siangnya akan lebih panjang berbanding malam.
muslim-swedia-berbuka-puasa-bersama-_110803154120-305 (1)

Bulan Ramadhan kali ini di Eropah bertepatan dengan musim panas.Untuk umat islam yang tinggal di negara-negara berdekatan dengan kutub utara seperti Sweden dan Norway, puasa kali ini akan terasa lebih istimewa kerana waktu siang yang panjang di negara tersebut.
Masyarakat Islam Di Kiruna Berpuasa Selama 24 Jamn
Di Stockholm, ibu kota negara yang menjadi tempat kediaman keluarga raja Sweden, umat Islam berpuasa selama hampir 20 jam antara pukul 2 pagi-8 malam.
Manakala waktu berpuasa di Kiruna selama hampir 24 jam, di sebabkan oleh matahari 24 jam tetap terang seharian sehingga tidak memberi kesempatan pada malam.
Berdasarkan rekod, kali terakhir Ramadan jatuh pada musim panas 30 tahun lalu.
“Kiruna tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam selama beberapa bulan,” kata seorang Muslim di Kiruna, Ali Melhem.
Dengan itu komuniti Islam di wilayah Kiruna, Sweden keliru dalam menjalankan ibadah puasa Ramadan. Lintasan panjang matahari ketika Ramadan tiba yang menjadi persoalan.
Lelaki berusia 45 tahun ini mengatakan waktu puasa yang panjang tentu membuat dirinya dan orang Islam lainnya kepenatan.
Melhem,tinggal di Kiruna sudah lebih dari 24 tahun dan Sebelum ini Ramadan tiba ketika musim luruh.
Tetapi, berbeza kali ini, Ramadan tiba ketika wilayah berdekatan Kutub Utara ini memasuki awal musim panas.Puasa di bahagian selatan mencapai 23 jam.
Sembilan juta populasi muslim di Sweden, tercatat kira-kira 350 ribu umat Islam.Islamic Center di Malmo, Sweden mengatakan, komuniti muslim tersebut memang kebanyakan tinggal di wilayah-wilayah
tinggi.
Musim panas ketika Ramadhan di negeri tersebut, hingga sekarang belum mendapat penjelasan jelas dari pakar agama dan ulama.
Di Finland contohnya, bagi kalangan Islam Sunni di negara itu memilih mengabaikan panjangnya hari-hari berpuasa. Mereka mengikuti waktu berpuasa muslim di Makkah atau di Madinah, Arab Saudi. 

0 comment... add one now