Berkat Ramadan, Pelawak Acappan Peluk Islam Nama Baharu Shahrin Abdullah

13445304_1500127580109707_8573668531998282471_n

KEBERKATAN Ramadan tahun ini menyaksikan pelawak terkenal negara berbangsa India, Acappan kini memeluk agama Islam.

Disahkan menerusi beberapa gambar yang tersebar di media sosial, Accapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan, 58, dikatakan memilih nama baharu Shahrin Abdullah.
acapan1acapan2acapan3
Pelawak berasal dari Parit Buntar, Perak ini sudah 40 tahun menjadi anak seni di Malaysia. Antara sitkom dan filem lakonannya ialah Santan Berlada, Orang Kampung Otak Kimia, Adik, Gila Bola, Biar Betul dan Suatu Malam Kubur Berasap.
Semoga Shahrin Abdullah terus istiqomah dengan hidayah yang diterimanya, insya-Allah. 

0 comment... add one now