Belanda mempunyai paling ramai penduduk tinggi di dunia



TIAP orang mengimpikan mempunyai tubuh badan yang tinggi dan lampai.
Tapi tahukah anda negara mana mempunyai ramai penduduk paling tinggi mendahului kebanyakan negara-negara yang lain?
Baru-baru ini menerusi sebuah kajian yang dilakukan menunjukkan Belanda mempunyai paling ramai penduduk tinggi di dunia memetik laporan berita Telegraph.
tall
Negara di Eropah itu mempunyai purata penduduknya berketinggian 1.838 meter.
Selain negara kincir angin, turut tersenarai dalam 10 negara mempunyai penduduk paling tinggi ialah Montenegro dengan ketinggian purata 1.832 meter.
Dalam kajian itu juga turut didedahkan 10 negara yang mempunyai paling ramai penduduk paling rendah ketinggian mereka didahului dengan negara Indonesia yang mana penduduknya mempunyai purata ketinggian 1.58 meter.
Di bawah merupakan senarai top 10 negara yang mempunyai penduduk paling tinggi dan juga 10 negara mempunyai penduduk paling rendah ketinggiannya di seluruh dunia.
10 Negara Mempunyai Ramai Penduduk Berketinggian Tinggi
1. Netherlands – 1.838m
2. Montenegro – 1.832m
3. Denmark – 1.826m
4. Norway – 1.824m
5. Serbia – 1.82m
6. Germany – 1.81m
7. Croatia – 1.805m
8. Czech Republic – 1.8031m
9. Slovenia – 1.803m
10. Luxembourg – 1.799m
10 Negara Mempunyai Ramai Penduduk Berketinggian Rendah
1. Indonesia – 1.58m
2. Bolivia – 1.6m
3. Philippines – 1.619m
4. Vietnam – 1.621m
5. Cambodia – 1.625m
6. Nepal – 1.63m
7. Ecuador – 1.635m
8. Sri Lanka – 1.636m
9. Nigeria – 1.638m
10. Peru – 1.64m

0 comment... add one now