Bekas ratu cantik, Soo Wincci berjaya bergelar doktor falsafah


TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan penyanyi terkenal Soo Wincci yang berjaya menamatkan pengajian PhD-nya sekaligus bergelar doktor falsafah.

Berita gembira itu didedahkan oleh Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 menerusi satu video yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya malam tadi.
Menerusi video tersebut Winci kelihatan tidak dapat mengawal emosinya dan menangis teresak-esak apabila mendapat tahu dia lulus PhD.
“Dah 6 tahun berjuang bersendirian, 6 tahun kurang tidur dan 6 tahun stress, hanya untuk title Dr ini.
“Jutaan penghargaan kepada sokongan anda dan terima kasih kepada semua fans yang menemani Wincci sepanjang 6 tahun ini. Sekarang Wincci boleh tidur puas-puas,” tulisnya.
I’m sorry I Just Can’t Help My Tears After The Examiners Announced that I’ve Passed My PHD , 6 Years of Lonely Road , 6 Years of Sleepless Nights & 6 Years of Endless Stress Just For My Dr Title, Thank u Everyone For All The Support & Thank U All My Fans Who Keep Accompanying Me Throughout These 6 Years of studies & work, Now I Can Finally Go And Have A Good Sleep 对不起,当考官宣布我终于考到了博士学位,我真的无法再控制我的眼泪了,6年的孤独奋斗,6年的没好好睡过,6年的压力,就是为了我梦寐以求的博士学位, 感谢感恩大家的无限支持, 感谢粉丝们的无限陪伴,我终于可以好好的去睡一觉了 Minta Maaf, Wincci dah Tak Dapat Mengawal Emosi Wincci Lepas Examiners Mengumumkan Bahawa Wincci Dah Akhirnya Pass PHD Wincci, Dah 6 Tahun Perjuangan Bersendirian, 6 Tahun Kurang Tidur & 6 Tahun Stress , Hanya Utk Dr Title Ini , Jutaan Penghargaan Kpd Sokongan Anda & Terima Kasih Kpd Semua Fans Yg Menemani Wincci Sepanjang 6 Tahun Ini , Sekarang Wincci Boleh Pergi Tidur Sepuas-Puas #Finally #Dr #Done #phd #Studies #Inwinccible #VivaVoce #university #oum @oumbangi #oumbangi #soowincci
A video posted by Soo Wincci 蘇盈之 영지 (@soowincci) on 
Pada masa sama, Wincci mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah Open Universiti Malaysia yang banyak membantunya sepanjang perjalanan bergelar pelajar.
Rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas pencapaian selebriti kesayangan mereka itu.
Malah, ada juga yang memuji bintang berpangkalan di Taiwan ini dengan menyifatkannya sebagai ‘The real clever girl’ kerana bukan sahaja cantik tetapi juga pandai.
Selain itu, Wincci juga pandai memasak dan pernah menyertai program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia. 

0 comment... add one now