Baju Melayu Hipster Disamakan Dengan Uniform Restoran Mamak, Pereka Tutup Akaun Instagram!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai pereka tampil dengan konsep baru baju melayu untuk dipakai pada hari raya. 

Baju melayu slim fit, baju belayu tak berlengan, baju melayu topless, dan macam-macam lagi yang kebanyakannya hanya mengundang kecaman Netizen. 

Antara rekaan baju melayu yang terbaru menjadi bahan jenaka di media sosial ialah baju melayu berwarna merah jambu rekaan pereka syaqyrynsheikh yang telah memuat naik rekaan ini ke Instagramnya.


Dengan Apa yang menarik, rekaan beliau telah disamakan dengan seragam yang dikenakan di sebuah restoran mamak di Melaka yang dipanggil Restoran Nasi Kandar Subaidah.




Khabarnya juga, pereka tersbeut telah menyahaktif akaun Instagramnya setelah baju melayu ini menjadi viral. Tidak dapat dipastikan sama ada ia sesuatu yang bersifat kekal atau hanya sementara. Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat rekaan ini cantik.

Apa pun, keberanian beliau untuk tampil dengan rekaan baju melayu dengan warna sebegini memang heroik. Apa pendapat anda? – amazingnara.com

0 comment... add one now