Bahaya 3 tanda penyebab strok pada mata yang ramai tak tahu!

Biasanya pesakit strok mata akan merasakan sakit pada mata dan penglihatan yang menghilang secara tiba-tiba. Tak jarang juga yang mengalami kehilangan penglihatan secara kekal.


Lantas apa saja tanda dan penyebab stroke mata? Berikut ulasannya yang dipetik dari Live Strong.

1. Penyumbatan pada pembuluh retina
Penyumbatan pada pembuluh retina atau oklusi arteri retina sentralis menyebabkan rangkaian sensitif pada mata mengalami kerosakan. Akibatnya, vena berkenaan dan berlaku penyumbatan pada pembuluh retina.

Keadaan ini membuat pesakit mengalami pendarahan dari vena hingga menembusi bahagian retina mata dan menyebabkan pembengkakan dan gangguan penglihatan.Suntikan steroid dipercaya dapat mengatasi pembengkakan retina. Selain itu, rawatan dengan laser atau pembedahan juga boleh mengurangkan pembengkakan yang mencetuskan stroke mata.

2. Arteri pada retina tersumbat darah
Arteri pada retina yang tersumbat darah menyebabkan kehilangan penglihatan separa. Bahkan, sebahagian kes penglihatan akan hilang dalam beberapa waktu. Namun ada kemungkinan, penglihatan secara kekal.

3. Saraf optik tersumbat
Saraf optik tersumbat atau optik neuropati iskemik, merupakan sumbatan yang terjadi pada arteri pada saraf optik mata.Seperti diketahui, tugas dari saraf optik mata adalah menghantar maklumat penglihatan dari retina ke otak. Penyumbatan pada kawasan tersebut menyebabkan hilangannya penglihatan secara kekal.

Sumber - livestrong 

0 comment... add one now