Bagaimana Skrin Sentuh Hand Phone Anda Berfungsi?

Tahukah Anda? Ramai yang masih tak tahu macam mana skrin sentuh berfungsi kan? Bagaimana sentuhan boleh ditukarkan ke isyarat elektrik dan seterusnya menjadikan skrin sentuh sesuatu yang realiti?


Pada pertengahan kurun ke-18, Carl Linnaeus dan Franz Aepinus mengkaji sifat bahan yang menjana potensi elektrik sebagai tindak balas kepada perubahan suhu.

Tapi kajian mereka tidak berjaya. Berbekalkan dengan kajian tersebut, Pierre Curie dan Jacques Curie mengkaji hubungan antara mekanikal tekanan terhadap elektrik. Kajian mereka berjaya dan didemonstrasi pada tahun 1880.

Apa itu Piezoelectric? 

Piezoelectric adalah bahan yang mampu menukarkan mekanikal tekanan kepada tenaga elektrik.

Contohnya, apabila kita tekan bahan tersebut, ia akan menjana kuasa elekterik dan apabila elektrik dikenakan terhadap bahan tersebut, ia akan menghasilkan sebaliknya.


Nampak gambar diatas ni? Apabila ditekan, meter elektrik bergerak, vice versa apabila dikenakan elektrik terhadap bahan tersebut. 

Apakah bahan Piezoelectric?

Kristal Quartz

Rochelle Salt

Ada banyak lagi, tapi dua bahan ini antara yang popular dan efektif.

Aplikasi Piezoelectric


Aplikasi yang paling popular sekali adalah terhadap gitar elektrik, ia menukarkan gelombang bunyi yang memberi tekanan terhadap bahan piezoelekterik ke isyarat elektrik ke dan diproses ke pembesar suara.

Dan aplikasi yang sekarang digilai ramai dan semakin canggih teknologinya, skrin sentuh!

Skrin sentuh sangat popular pada telefon bimbit dan tablet. Ianya akan mengesan tekanan terhadap sentuhan dan menukarkan ke isyarat eletrik dan seterusnya memproses isyarat tersebut.

0 comment... add one now