Apa Yang Pelombong Ini Temui Di Gurun Namibia Amat Mengejutkan Dunia!


Sekumpulan pelombong permata menemui sebuah kapal lama berusia 500 tahun di Namibia yang mengandungi syiling emas bernilai £9 juta.
Kapal bernama ‘Bomb Jesus’ atau ‘Good Jesus’ itu pertama kali ditemui di pesisir perairan Namibia yang dikenali sebagai Oranjemund oleh sekumpulan ahli geologi daripada syarikat  perlombongan De Beers.
Kapal berkenaan merupakan kapal Portugis yang sedang dalam pelayaran dari Lisbon pada tahun 1533 yang diketuai oleh Kapten Sir Francisco de Noronha yang lenyap bersama kesemua kru ketika dalam pelayan ke India.
emas 2
Ia ditemui oleh ahli geologi berkenaan di dalam pasir selepas mengeringkan kawasan takungan air buatan manusia di gurun berkenaan.
Kargo kapal berkenaan juga mengandungi jongkong tembaga, gading gajah dipercayai daripada Afrika Barat, matawang emas dan perak Portugis, Sepanyol, Florentine dan Venice, senjata termasuk pedang dan pisau, pakaian dan yang pastinya rangka manusia.
emas 4
Ahli Arkeologi, Dr Dieter Noli berkata, kesemua emas yang ditemui itu bagaimanapun akan diserahkan kepada kerajaan Namibia.
“Ia adalah prosedur biasa apabila kapal atau harta karun ditemui di kawasan pantai,” katanya memetik laporan FoxNews.

0 comment... add one now