Apa Terjadi Kereta Honda, Beg Udara Pecah Punca Kematian Seorang Wanita

mautbegudara
Satu lagi insiden maut akibat beg udara berlaku semalam (Ahad) yang membabitkan seorang pemandu kereta Honda yang terlibat dalam kemalangan kecil dengan sebuah Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.
Pemandu wanita itu, Norazlin Haron yang memandu Honda bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya menemui ajal di tempat kejadian.
Menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din, pemandu Honda itu tidak berhenti sebelum membelok masuk ke satu simpang dan merempuh belakang sebuah Mercedes-Benz.
Ada saksi yang mendakwa beg udara pemandu dan penumpang mengembung berikutan perlanggaran berkenaan.
Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Menyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan memberitahu beg udara pemandu didapati pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.
“Ada darah dalam kereta apabila kami memeriksanya. Kakitangan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mendakwa mangsa sudah kritikal ketika bantuan tiba sebelum maut di tempat kejadian. Tiga lagi penumpang tidak cedera.”
Sementara itu, Mohd Zani berkata punca kematian akan diketahui selepas mendapat keputusan bedah siasat. Kereta yang dipandu wanita tersebut cuma mengalami kerosakan kecil.
Sumber : mStar

0 comment... add one now