Apa itu Optimasi SEO OnPage untuk blog



Banyak yang masih kurang memahami konsep Optimasi SEO tak kira blogger baru mahupun sesetengah blogger lama. Untuk artikel kali ini saya akan membahas lebih lanjut mengenai faktor optimasi SEO OnPage pada blog.

Optimasi SEO merangkumi banyak aspek dan antara aspek yang perlu di titik beratkan akan saya bahas satu persatu supaya lebih jelas dan anda lebih memahami konsep SEO Onpage pada blog anda sendiri.

Adakah blog anda tidak pernah menerima kunjungan trafik dari carian engine seperti google? Adakah sering kali anda terfikir mengapa tidak wujud trafik dari google? Persoalan ini adalah perkara biasa yang berlaku pada mereka yang masih baru dalam dunia blogging.

Kebanyakan blogger baru lebih gemar menjadikan blog mereka cantik di mata manusia berbanding cantik di mata google. Apa yang saya maksudkan cantik di mata manusia adalah susun atur template blog anda yang kemas dan cantik dengan reka bentuk grafik yang menghiasi blog anda. Saya lebih mengutamakan cantik di mata google iaitu bermaksud blog anda mudah di index carian engine.

Apa itu Optimasi SEO OnPage? Persoalan ini mengajar saya untuk lebih mendalami ilmu SEO dan kajian yang lebih mendalam di lakukan berdasarkan beberapa sumber yang boleh di percayai. SEO OnPage merujuk kepada perkara atau perbuatan yang berkadar terus dengan blog/website kita. Maksudnya perkara yang kita lakukan langsung kelihatan pada pengunjung seperti susun atur widget atau robot carian engine (template html kod)

1. Optimasi SEO OnPage dengan Melakukan Keyword Research

Optimasi SEO OnPage berkait rapat dengan melakukan Kajian Kata Kunci di mana ini adalah 70% usaha di letakkan pada tahap ini bagi mendapatkan niche yang sesuai dengan blog anda. Kajian Kata Kunci dapat di lakukan menggunakan google adwords di mana kebanyakan internet marketer menggunakan konsep ini dalam mempromosikan sesuatu produk.

Kata Kunci merujuk kepada perkataan yang di taip di google dan di tekan Search bagi mendapatkan maklumat yang di perlukan. Kata Kunci adalah perkara yang penting sebelum membina blog dengan niche yang bertepatan dengan kata kunci,

2. Optimasi SEO Onpage pada Struktur Html Blog

Sekiranya anda sudah menemui kata kunci yang bersesuaian dengan blog anda, maka peringkat seterusnya yang anda perlu pelajari adalah mengenai Struktur atau Seni Bina blog anda. Pastikan blog anda memenuhi krateria-krateria seperti berikut:
  •  Column artikel berada di sebelah kiri manakala column sidebar sebelah kanan seperti mana yang terdapat pada blog ini.
  • Jenis tulisan pada artikel seharusnya mudah di baca dengan saiz 14 px dan ke atas. Warna tulisan haruslah tidak sama dengan warna latar belakang. Ia perlu ada pro dan kontra sebagai contoh jika latar belakang hitam maka warna tulisan yang sesuai adalah putih. Sekiranya sama warna maka ia akan di anggap sebagai tulisan tersembunyi (hidden text) oleh Google.
  • Apabila menulis artikel, pastikan tidak berlaku sebarang kesalahan ejaan dan gunakan bahasa baku asli bahasa malaysia kerana Goggle akan mengkelasifikasikan blog yang banyak kesalahan ejaan sebagai blog tidak profesional.
  • Kurangkan meletakkan iframe pada artikel. Sekiranya anda mahu juga letakkan, letak pada bahagian paling bawah artikel kerana google artikel blog di indeks dari tajuk seterusnya diskripsi, kandungan dan heading tag sekiranya ada.
  • Kurangkan pemakain widget yang bertujuan untuk kelihatan canggih dan berteknologi. Cuba lihat blog yang menjuarai contest SEO kebanyakannya Simple dan tidak memiliki widget yang banyak.
  • Halaman (Home, Post Page) perlu memaki tag H1. Hanya ada Satu tag H1 pada setiap halaman dan tag H2, tag H3 boleh lebih dari satu.
  • Pastikan artikel mempunyai title tag, meta tag, keywords tag pada setiap halaman bagi membantu Robots Carian Engine menindeks artikel anda lebih mudah.


    3. Optimasi SEO OnPage Pada Kandungan Blog

     Kandungan Blog merujuk kepada artikel yang anda hasilkan yang merangkumi keseluruhuan teks yang terdapat pada artikel tersebut. Berikut merupakan tetapan yang anda perlu kekalkan setiap kali menulis artikel baru:
    • Tentukan Kata Kunci utama blog anda dan saranan saya gunakan long tail keywords bagi blogger baru yang bertapak kerana persaingan dengan blog yang sudah berusia sangat sukar sekiranya tidak menggunakan long tail keywords. Contoh long tail keywords mengandungi 5 perkataan "Tutorial Membina Blog Mesra SEO"
    • Tajuk artikel sebaiknya mengandungi kata kunci utama blog dan penambahan kata kunci. Sebagai contoh Optimasi Membina Blog SEO OnPage merupakan kata kunci yang di gabungkan dengan kata kunci utama. Pastikan tajuk artikel memaki tag H2.
    • Sekiranya anda ingin memfokuskan pada kata kunci yang terdapat pada teks artikel, anda hanya perlu bold kan kata kunci tersebut.
    • Jangan approve komen yang tidak berkaitan dengan kandungan artikel.
    • Sebaiknya tutup footer dengan Kata Kunci utama blog anda. Contohnya Copyright © 2014 ~Tutorial Blog | Tips SEO~. All rights reserved.


      4. Optimasi SEO OnPage pada Gambar yang di Muat Naik

      Optimasi SEO pada Gambar adalah sangat penting dan ianya turut di nyatakan sendiri oleh Pihak Google WebMaster. Setiap kali memuat naik gambar ke blog anda, pastikan ianya menggunakan alt tag (teks alternatif). Alt tag merupakan taging yang di gunakan untuk menerangkan kepada Robot Carian Engine.

      Cara untuk meletakkan alt tag serta tajuk gambar adalah dengan klik pada bahagian gambar yang anda sudah di muat naik ke artikel kemudian klik Propeties dan masukkan alt serta tajuk gambar tersebut. Ikuti tutorial Cara buat Optimasi imej di blogspot

      5.  Optimasi SEO OnPage pada Sktruktur Link

      •  Kurangkan Link Ke Website atau Blog Lain (Outbound)
      • Sebaliknya perbanyakan link ke pautan artikel-artikel yang berkaitan pada blog anda (Inbound Link - dofollow).
      • Gunakan widget label pada sidebar anda bagi memudahkan pagerank flow.
      • Gunakan breadscrumbs iaitu link label tetingkat dan artikel berkaitan bagi meningkatkan jumlah pageview pada blog anda.
      • Pada artikel buat link yang menuju ke artikel itu sendiri. Trik mudah ini boleh di lakukan tanpa memasukkan link pada artikel iaitu dengan mengedit html kod title tag untuk blog post

      6. Optimasi SEO OnPage pada SiteMap.

      SiteMap adalah halaman yang memaparkan keseluruhan kandungan artikel dalam bentuk link yang terdapat yang tersusun berdasarkan kategori label. 

      Setelah membina sitemap pada blogspot anda perlu menghantar ke google webmaster tool link sitemap anda. Sebagai contoh url blog andahttp://kedaikuat.blogspot.com/ jadi sitemap anda adalahhttp://kedaikuat.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=400. Hanya perlu menambahkanfeeds/posts/default?max-results=400 sahaja selepas url blog anda dan submit link tersebut ke Google Webmaster Tool. 



      7. Optimasi SEO OnPage Pada RSS Feed

      RSS Feed adalah tool yang berfungsi untuk membolehkan artikel anda terindeks lebih pantas. Anda hanya perlu mendaftarkan link blog anda difeedburner.com dengan login menggunakan akaun gmail yang sedia ada.

      8. Optimasi SEO OnPage dengan Verifikasi Google Webmaster

      Daftarkan Blog anda ke google Webmaster Tool di mana kelebihannya anda boleh menghantar sitemap, melakukan verifikasi dengan mendapatkan kod dari google sitemap untuk di letakkan di template anda. Kod ini berfungsi sebagai tracker pada blogspot anda. Blog anda kini mendapat perhatian google. 


      9. Optimasi SEO OnPage Google Analytics

      Banyak yang terlepas pandang atau memandang rendah dengan penggunaan analisa google. Google Analytics membolehkan anda menganalisa kata kunci yang kerap kali di gunakan untuk berkunjung ke blog anda. Anda dapat mengetahui pengujung yang datang dari negara mana dan banyak lagi.

      Sekarang daftar blog anda di google analytics. Anda perlu mendapatkan kod dari google analytic yang membolehkan anda mengenal pasti setiap aktiviti yang berlaku pada blog anda. Paste Kod 
      tracker yang google analytics berikan pada html template anda.

      Kesimpulan

      Secara kesimpulannya Optimasi SEO OnPage sangat penting kerana dengan mempelajarinya anda tidak perlu blogwalking selama 24 Jam sehari. Kunjungan traffik datang dari carian engine lebih banyak sekiranya anda tahu bagaimana untuk Optimasi SEO OnPage pada blog anda. Sampai di sini saja penjelasan saya mengenai Optimasi SEO OnPage dan jangan lupa untuk menantikan artikel seterusnya yang akan menjadi panduan sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk melakukan 9 perkara yang telah saya nyatakan.

      Credit: alltutorials 

      0 comment... add one now