Anak Donald Trump disaman atas dakwaan ciplak reka bentuk kasut jenama Aquazzura

Anak Donald Trump disaman atas dakwaan ciplak reka bentuk kasut

USAHAWAN Ivanka Trump yang merupakan anak kepada bakal calon presiden parti Republikan Donald Trump disaman oleh pengeluar kasut jenama Aquazzura atas tuntutan cap dagangan.

Syarikat dari Itali itu mendakwa Ivanka telah meniru beberapa reka bentuk kasut mereka.

Antara contoh adalah kasut yang diberi nama Wild Thing berwarna merah yang dijual pada harga AS$785 (RM3,139.94)

Namun versi Ivanka diberi nama Hettie dan dijual pada harga AS$145 (RM579.99) sahaja.

Sebelum saman ini difailkan, jenama itu meluahkan ketidakpuasan hati di Instagram.



Namun pihak Marc Fisher iaitu rakan kongsi Ivanka berkata tuntutan mahkamah ini adalah hanya untuk pihak Aquazzura raih publisiti.
“Kasut Hettie mewakili trend fesyen ketika ini dan tidak tertakluk kepada undang-undang harta intelek.  Jenama lain turut menghasilkan stail yang sama,” kata Matthew Burris dari Marc Fisher.

0 comment... add one now