Akhirnya Yahoo Messenger Telah 'Sign Out' Selamanya, Selepas 18 Tahun 'Mewarnai' Penggunanya!


Sebelum wujudnya aplikasi seperti Facebook, Whatapps, Gtalk, WeChat, Telegeram dan pelbagai lagi, Yahoo Mesengger merupakan pilihan ramai netizen untuk berhubung dengan rakan atau rakan baru.

Perkataan ASL  (Age, Sex, Location) dengan 'avatars' amat sinonim bagi pengguna Yahoo Mesengger atau lebih dikenali sebagai YM.


Mereka yang lahir tahun 90an atau awal tahun 2000 pasti akan terkenang semua ini di mana ruangan chat YM dan MIRC menjadi platform pilihan netizen ketika itu.


Namun, seiring dengan pekembangan media sosial Facebook dan Twitter, pihak Yahoo telah mengambil keputusan untuk menamatkan penggunaan YM lama ini untuk digantikan dengan aplikasi baru milik mereka yang berkonsepkan media sosial di mana ia turut menyertakan aplikasi emel di dalamnya dan juga ruangan untuk untuk mesengger = pada 5 Ogos ini.

"Walaupun kami menggunakan pengendalian asas dari Yahoo Mesengger, pengguna digalakkan untuk mendaftar baru produk yang kami akan lancarkan pada 5 Ogos ini," jelas ketua Arkitek Yahoo, Amotz Maimon melalui blognya.

Dengan penamatan khidmat Yahoo mesengger ini, ternyata menghibakan ramai orang.


Selamat tinggal Yahoo Mesengger kerana mewarnai kehidupan kami sebelum ini, selamat datang kepada aplikasi baru. 

0 comment... add one now