Air Garam Boleh Menghalang Kelemumur dan Keguguran Rambut, Ingin Tahu Petuanya?



Tahukah anda mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut  dari kelemumur dan gugur? Air garam boleh melembutkan rambut anda dan juga boleh membersihkan kulit kepala.  Jika anda mempunyai masalah kelemumur dan rambut gugur, anda boleh cuba cara ini di rumah. Tak perlu habiskan wang beriban-riban untuk atasi masalah ini. nak tahu caranya? Jom kita usha tips ini :
 
Sesudah syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut anda. jangan malas, ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Insyaallah menjadi. Senang kan? haa boleh cuba dan lihat sendiri hasilnya okay !
 

Kenapa anda perlu cuci rambut dengan air garam?
 
1)Menghilangkan kelemumur
 
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut anda penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
 
2) Rambut kelihatan lebih segar
 
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilat !
 
3) Menghalang keguguran rambut
 
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
 
Selamat mencuba! Baik lelaki atau perempuan, semua boleh cuba kaedah ini ya !
 

0 comment... add one now