Ahmad Dhani mengundang kontroversi, kenyataannya babi itu halal!


Bagaikan tidak jemu mencari perhatian, sekali lagi selebriti Indonesia Ahmad Dhani mengundang kontroversi dengan kenyataannya mengenai babi.
Kata Ahmad Dhani secara berkias, babi halal dimakan.
Melalui media sosial kenyataan itu segera mengundang polemik serta cacian.
Namun jika membaca status dimuat naik Ahmad Dhani tanpa mendalaminya dengan logik akal, ia memang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Daging babi memang haram dimakan mengikut ajaran Islam walaupun Ahmad Dhani dilihat cuba memancing perhatian peminatnya.
“Makan babi itu halal kalau babinya bersih dan dimakan dengan niat yang agung... Anjing,” tulis Ahmad Dhani menerusi media sosial.
Usikan Ahmad Dhani itu dapat dikesan jika kenyataan itu dibaca perlahan-lahan dan berulang-kali.
Kata kunci kenyataan itu ialah "kalau babi bersih" dan "dengan niat yang agung".



Menurut pemerhati memang tidak ada babi yang bersih kerana haiwan itu mempunyai reputasi sebagai binatang pengotor.
Kedua, tidak mungkin ada umat Islam tergamak sengaja memakan babi dengan niat yang "agung".
Kenyataan itu juga dilihat mungkin tempelakan Ahmad Dhani kepada pengkritiknya kerana ada perkataan "anjing" di hujung tweet berkenaan.
Namun lain pula halnya yang berlaku dengan peminat yang mengikuti perkembangan Ahmad Dhani menerusi media sosial itu.
Ada netizen berangapan, pelbagai sebab - antaranya tekanan emosi - menjadi punca pencipta dan penyanyi bersama lagu Laskar Cintaitu bertindak sedemikian.
“Kalau mengalami tekanan emosi terlalu tinggi jangan sampai membunuh diri. Kasihan pada anak-anak,” ujar pengguna akaun @tahamaaruf.
Seorang lagi turut berpendapat sama: “@ahmaddhaniprast adakah kamu sihat? Hadis dan surat mana yang mengatakan halal. Tolong jelaskan jika ada tertulis dalam quran atau hadis,” ujar pengguna akaun ‏@RZKCHYPTR atau Rizki Cahyo Putro
Manakala seorang lagi pengguna akaun @mazcuz pula menyatakan Ahmad Dhani bertindak demikian kerana sudah menyedari dia sudah semakin kehilangan peminat.
“@ahmaddhaniprast dalam industri muzik seperti sudah tidak wujud, tampil menerusi acara TV juga tiada penonton, mungkin inilah yang menyebabkan kamu mengalami tekanan berpanjangan,” kata Maskus.

0 comment... add one now