Adakah no. pendaftaran ‘F 1’ dengan nilai RM5 juta paling mahal di Malaysia?



Selepas pengumuman nombor pendaftaran baharu yang bermula dengan abjad ‘F’ dan ‘V’ untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya nampaknya mencapai objektifnya dimana dapat disaksikan bidaan untuk nombor dan abjad unik untuk pendaftaran kenderaan tersebut telah memecahkan rekod nilai bidaan sebelum ini.
Laporan dari The Sun Daily menyebut, selebriti tempatan dari Ipoh telah membida nombor pendaftaran ‘F 1’ dengan nilai hampir RM5 juta sebelum bidaan berkenaan ditutup semalam di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya. Menurut sumber berkenaan juga, nombor pendaftaran yang bermula dari ‘F 1’ hingga ‘F 7’ dibida dengan nilai minima bermula setengah juta ringgit setiap satu.
Kerana menjadi rebutan dikalangan komuniti berbangsa Cina, nombor pendaftaran ‘F 8’ dilaporkan menerima bidaan permulaan pada nilai RM 1 juta manakala untuk ‘F 333’ dan ‘F 888’ menerima bidaan bernilai RM330,000 dan RM360,000. Nama-nama mereka yang berjaya membida nombor-nombor berkenaan akan diumumkan pada 30 Jun ini selepas persidangan jawatankuasa khas JPJ.
Harga tertinggi yang pernah dibayar untuk nombor pendaftaran biasa Malaysia ialah RM748,000 untuk ‘W 1 N’ yang dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang juga membida nombor ‘WWW 1’ dengan nilai RM520,000 pada tahun 2012. Pembeli nombor pendaftaran istimewa ‘PATRIOT 1’ pula dilaporkan membayar sejumlah RM1,308,000 untuk nombor pendaftaran tersebut.

Sumber - paultan 

0 comment... add one now