9 Benda Ni Yang Selalu Dicuri Di Malaysia

Tak tahu kenapa tapi 9 barang-barang yang akan kami sebutkan di bawah ini antara barang yang paling kerap hilang. Mungkin sebab bila dijual semula dapat pulangan yang lumayan? Atau harga barang ni terlalu mahal untuk dibeli sendiri?
#1. Besi Penutup Longkang
Untuk beberapa tahun, kecurian penutup longkang menjadi perkara biasa untuk sebab kewangan iaitu mereka akan menjual penutup longkang apabila harga besi buruk naik.
#2. Meter Air
Bukan air minuman je dicuri tapi melalui meter air pun orang boleh curi air tau.
#3. Kabel Telekomunikasi
Tak kisah lah kabel apa asalkan boleh dicuri dan dijual semuanya disapu bersih.
#4. Topi keledar
Benda yang sangat takut dicuri oleh pengguna motosikal apabila topi keledar mereka dicuri, sebab tu kalau anda lihat mereka lebih gemar membawa ke hulu ke hilir topi keledar mereka sebab bahaya ditinggalkan di motor.
#5. Tisu Tandas
Sebab itulah tisu tandas atau kertas tandas hari ini diletakkan dalam bekas siap dengan penutup yang boleh dikunci untuk mengelakkan kecurian
#6. Sabun Tangan
Mungkin gambar ini sudah cukup menerangkan apa maksudnya.
#7. Kasut
Kalau pergi ke masjid untuk solat terutama solat Jumaat tu, janganlah pakai kasut berjenama mahal yang boleh menarik perhatian orang untuk curi. Sebabnya bila dijual memang lumayan.
#8. Smart Tag
Jangan terkejut kalau orang sanggup pecahkan kereta anda untuk curi Smart Tag yang terdedah di dalam kereta. Seeloknya di sembunyikan.
#9. Beg Tangan
Kes jenayah ragut, rompak dan lari dan sebagainya banyak terjadi. Jangan terlalu leka dengan beg tangan anda.

1 comment... add one now