6 Tips Berguna Untuk Tinggalkan Rumah Ketika Bercuti Raya Aidilfitri

kampung 1
Hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk  umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Yang pastinya dalam masa seminggu inilah perantau akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan sambutan ini.
Paling tidak pun dua tiga hari, pasti kediaman di bandar akan ditinggalkan bila semua pulang ke kampung. Dan kesempatan inilah biasanya diambil oleh geng pecah rumah untuk menjalankan kegiatan haram mereka. So sebagai langkah berjaga-jaga apa kata anda ikuti 6 tips berguna ini.
1. Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum pulang ke kampung halaman, tinggalkan pesan kepada jiran-jiran yang tidak pulang  untuk tengokkan rumah kita. Maklumkan juga kepada balai polis berhampiran berikan maklumat seperti alamat dan tempoh kita pulang ke kampung untuk memudahkan anggota polsi membuat rondaan.
kampung4
2. Hentikan langganan akhbar/majalah
Hentikan langganan akhbar dan majalah sepanjang ketiadaan kita di rumah. Ini bagi mengelakkan pencuri/penjenayah mengetahui rumah kita kosong tidak berpenghuni bila akhbar yang dihantar tidak diambil di luar rumah.
kampung 3
3. Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda, sila periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran.  Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut. Pastikan semua suis lampu dan peralatan elektrik dipadamkan sebelum pulang ke kampung.
kampung 2
4. Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum pulang ke kampung, sila pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan sempurna bagi mengelakkan rumah anda dipecah masuk. Jangan berikan peluang dan buat pemeriksaan dua tiga kali sebelum meninggalkan rumah.
kampung6
5. Elakkan memasang lampu luar
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.
kampung5
6. Servis kenderaan
Ni perkara penting untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Pastikan kenderaan anda dah diselenggara awal bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tak diingini.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 29, 2016
Slalu pasang lampu luar --'