6 Tips Beli Juadah Berbuka Puasa Di Bazar Ramadhan

Bulan Ramadhan memang tak sah kalau tak ke bazar Ramadhan kan? Ada yang panggil Bazar Ramadhan ada panggil pasar Ramadhan dan ada juga yang panggil dengan nama manja ‘Param’ jer!! Singkatan untuk pasar ramadhan.
bazar
Param ni sebenarnya memberi kelebihan kepada mereka yang berkerjaya untuk mencari juadah berbuka puasa. Apa taknya, dah balik kerja, kena harung jem yang kadangkala berjam-jam. Kalau nak balik masuk dapur pulak, memang tak sempat lah kan!
Jadi di Paramlah tempat ‘mengadu nasib’ mencari juadah untuk berbuka puasa. Tapi perlu diingat, dalam keghairahan membeli makanan sebenarnya banyak yang perlu diambil kira terutama membabitkan kebersihan.
bazar2
Bukan apa, kita cuba elakkan daripada sindrom ulangan ke jamban berlebihan (cirit-birit) dan keracunan makanan. Saya kongsikan tips untuk membeli juadah berbuka di param.
1. Pilih gerai yang bersih dan jauh dari pencemaran (longkang dan tong sampah). Perlu diperhatikan juga segala bekas yang digunakan untuk mengisi juadah yang dijual. Pastikan semuanya bersih dan persekitaran gerai tidak banyak lalat.
bazar3
2. Orang yang menjaga gerai atau pengendali makanan pun kena perhatikan juga, jangan asyik usha awek meniaga jer bro! Perhatikan pengendali makanan sama ada pakaiannya bersih atau tidak dan mengenakan pakaian yang bersesuaian lengkap dengan penutup kepala.
3. Pilih air minuman yang bersih dan disediakan didalam bekas yang bersih. Kalau boleh elakkan minuman yang ada perwarna dikhuatiri penjaja tidak gunakan air yang dimasak untuk membancuhnya.
bazar5
4. Pilih makanan yang kurang berisiko (masih panas dan segar) tidak terdedah (bertutup) dan tidak menggunakan surat khabar bagi menutup makanan.
tebu
5. Kalau nak beli air tebu, perhatikan mesin yang digunakan. Tengok sama ada mesin dan alatan yang digunakan bersih atau tidak.
bazar4
6. Juadah yang menggunakan telur yang dimasak secara live di bazar itu sendiri juga perlu diperhatikan sama ada telur yang digunakan dicuci bersih atau tidak. Ini kerana telur yang baru tidak bersih dan bercampur dengan najis ayam. So pastikan telur dicuci kalau tak nak makanan anda mengandungi perisa tambahan!! Yuckk..
Jadi kalau nak beli makanan kat pasar Ramadhan kena la hati-hati, bimbang nanti kang tak pasal-pasal lepak hospital bahana keracunan makanan. Selamat berpuasa!!

0 comment... add one now