6 Punca Utama Keguguran Rambut Yang Tak Diketahui

Ramai yang mengalami masalah rambut gugur. Masalah ini pasti merisaukan terutamanya buat kaum wanita. Bukankah rambut itu ibarat mahkota wanita. Ada yang beranggapan produk penjagaan rambut yang kurang sesuai menjadi punca utama keguguran rambut.





Namun terdapat beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah rambut gugur. Jika kita dapat kenalpasti punca sebenar kenapa rambut kita gugur, pasti lebih mudah untuk kita cari jalan penyelesaian. Tak perlulah nanti asyik bertukar produk penjagaan rambut semata-mata untuk mencari produk yang sesuai.
6 Punca Utama Keguguran Rambut
Perubahan Hormon – Masalah berkaitan hormon contohnya ketidakseimbangan horman menjadi antara punca utama masalah rambut gugur. Antara punca perubahan hormon seperti mengandung, melahirkan anak, menopause dan mungkin juga pengambilan pil perancang.
Keturunan  Masalah keguguran rambut juga dikaitkan dengan faktor genetik. Jadi korang berisiko tinggi untuk mengalami masalah rambut gugur sekiranya ibu atau ayah turut mengalami masalah keguguran rambut yang serius.
Stress – Tekanan atau stress juga merupakan antara faktor keguguran rambut. Malah tidur yang tidak mencukupi yang menjadi punca stress juga menyumbang pada permasalahan ini.
Penyakit – Masalah kulit kepala yang tidak sihat, contohnya masalah kelemumur boleh mengakibatikan rambut gugur dengan jumlah yang banyak. Begitu juga jika seseorang mengalami penyakit yang serius, masalah keguguran rambut juga boleh berlaku.
Pemakanan Yang Tidak Seimbang –Pemakanan yang tidak sihat turut menyumbang kepada punca masalah keguguran rambut. Begitu juga dengan makanan yang mengandungi kandungan MSG yang tinggi.
Kekurangan Zat – Kekurangan sumber zat protein, vitamin dan zinc turut menjadi faktor yang menyebabkan rambut gugur lebih dari kadar normal setiap hari.
Itu antara 6 punca utama keguguran rambut. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, akan membantu mereka yang mengalami masalah keguguran rambut untuk mencari jalan penyelesaian.

0 comment... add one now