6 Jenis ragam pembeli yang peniaga online kena hadapi!

30273099-Portrait-of-mad-businesswoman-texting-on-the-mobile-phone-Angry-woman-confused-girl-reading-sms-on-s-Stock-Photo
Sekarang ni belian secara dalam talian memang meluas dan sentiasa menjadi pilihan. Bukan je murah tapi mudah lebih-lebih bagi mereka yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk membeli-belah.

Tapi, bukan senang nak melayan perangai pembeli atau pelanggan menerusi online. Memang macam-macam ragam dan kerenah.
Memang stress nak melayan pelanggan yang cerewet. Haa.. korang kena tahu apa ragam dan kerenah pembeli yang peniaga kena hadap.
Entah-entah anda salah seorang dari pembeli banyak kerenah tu. OPS!

1. Order & bayar terus

Pembeli macam ni sangat bagus. Yela, peniaga ni pun ada tahap kesabaran macam korang juga. Sama-sama jaga hati, semua orang happy.

2. Order 2-3 hari baru bayar

Perangai macam ni paling banyak orang buat. Masa mula-mula tanya bukan main. Pantang kalau peniaga balas WhatsApp lambat, tapi kau bayar lambat tak apa pula?

3. Tanya banyak lepas tu diam

Orang macam ni memang ‘mintak kaki’!

4. Tanya benda yang sama berulang kali

Mesti ramai cikgu harap dapat pelajar jenis macam ni.

5. Order last minute tapi barang nak cepat

Sabar itu separuh daripada Iman. Tapi kalau tak reti sabar sampai nak barang cepat tapi order pun lambat, orang tu tak ada Iman ke?

6. Kaki gaduh dengan seller

Peniaga pun manusia biasa. Kalau ada tersalah barang, terlambat pos, semua yang ter..ter tu, harap pembeli atau pelanggan kena la faham.

0 comment... add one now