5 Trend aksesori terkini khas untuk hari raya ini!

Kejap ja kan dah berbelas hari puasa. Aidilfitri semakin tiba! Kepada yang bergelar shopaholic, anda pasti sedang sibuk memilih stail apa yang bakal digayakan di pagi Syawal. Sudah bosan dengan stail lama! Ingin pembaharuan? Ni sedikit idea menerusi trend aksesori terkini khas untuk anda.

1. BEG SANDANG SEPARA BULAN @ HALF MOON

mango

Rekaan geometrik separa bulan ini semakin meraih perhatian dunia fesyen. Tengok sahaja di pentas peragaan Michael Kors dan Victoria Beckham masing-masing memperagakan rekaan unik ini.

2. SANDAL POM POM

STEVEMADDEN-SANDALS_CAILIN_NATURAL-MULTI_SIDE
zara 1

Ilham perincian pom pom menjadi kegilaan masa kini. Sama ada anda boleh buat sendiri (DIY)  atau beli sahaja di gedung fesyen terkenal. Trend ini sudah pun berada di pentas Dolce & Gabbana bagi koleksi musim panas 2016.

3. COKER STATEMENT

topshop
bershka

Masih tidak boleh tinggalkan trend coker yang rasanya lebih dua musim ia tetap berada di pentas peragaan. Sempena Aidilfitri ini apa kata anda cuba padankan bersama coker statement berona emas paten, metalik atau jenis lut sinar. Tinggal dahulu coker hitam yang kian jadi pilihan Instagrammer!

4. BLING GLAMOR

cn11028745zara 3

Anting-anting jenis labuh sarat dengan perincian jemeki, kristal atau berlian adalah wajib digayakan pada pagi Syawal. Bukan sahaja tampak eksklusif tetapi anda pasti kelihatan lebih menawan dan cantik!

5. LUXE GODDESS

1856011303_1_1_1
bcbgmaxazria-black-diamond-combo-stone-starfish-headpiece-black-product-3-070517651-normal

Hiasan kepala kini kembali menyerikan pentas fesyen. Pelbagai jenis rekaan dan bentuk direka hanya untuk menepati cita rasa wanita yang tidak pernah puas! Apa kata Raya tahun ini anda sembunyikan rambut kusut anda dengan aksesori kepala terpilih.

Kredit : Eh.com.my 

0 comment... add one now