5 Tips persediaan sebelum mulakan bisnes sepenuh masa

12687875_1677070199242714_8320396915293731462_n
Baru-baru ini, Majalah Niaga ada mengeluarkan artikel tentang 5 tips untuk melakukan perniagaan secara sepenuh masa sebelum berhenti bekerja.
Tips yang diberikan agar orang ramai yang berminat untuk membuat perniagaan lebih bersedia sebelum berhenti bekerja dan fokus kepada bisnes sepenuh masa.
Ini antara persediaan yang dikongsikan.
12645118_1677025995913801_1459465291747546134_n
Senaraikan dan kira jumlah perbelanjaan setiap bulan. Jika komitmen peribadi kita sebanyak RM 2,000 sebulan, kita mesti mempunyai simpanan sebanyak RM 12,000 di dalam akaun bank.
Duit itu adalah duit tabung khas untuk komitmen peribadi, bukannya komitmen bisnes. Perbelanjaan operasi bisnes mesti dibayar daripada hasil bisnes yang dijalankan sekarang.
Ada 2 sumber untuk memenuhkan tabung ini.
1 – Guna sebahagian duit gaji yang diterima daripada hasil keuntungan bisnes.
2 – Guna gaji bulanan daripada majikan tempat bekerja.
12644826_1677025992580468_4314857047877645443_n
Pendapatan bulanan daripada hasil keuntungan bisnes sekurang-kurangnya menyamai gaji di tempat kerja. Ini membolehkan kita mengatur perbelanjaan peribadi sama dengan kita mengatur perbelanjaan ketika kita masih bekerja.
Konsistensi pendapatan bisnes pula tidak boleh diukur dengan pencapaian sebulan pertama. Itu belum cukup untuk menjamin pendapatan yang sama pada bulan seterusnya. Ia harus dicapai sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut.
12654609_1677025982580469_4933484694541898368_n
Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Seterusnya, senaraikan pelan tindakan yang perlu diambil oleh diri dan ahli pasukan untuk capai matlamat tersebut.
Matlamat jangka pendek merangkumi apa yang perlu dicapai dalam fasa 3 bulan hingga 6 bulan pertama bisnes diusahakan secara sepenuh masa. Sudah tentu ia berbeza dengan pelan tindakan ketika kita mengusahakan bisnes secara separuh masa.
Taat kepada pelan tindakan tersebut. Maksudnya diri sendiri dan ahli pasukan sanggup memberikan komitmen untuk melaksanakannya. Paling mudah, rujuk mentor bisnes dan minta nasihat daripada mereka terlebih dahulu. Ia mengurangkan risiko untuk melakukan kesilapan mudah di dalam menguruskan bisnes.
12651322_1677026042580463_8561953916503360929_n
Pada peringkat permulaan bisnes dijalankan sepenuh masa, pengorbanan yang harus dilakukan ialah kesanggupan untuk bekerja lebih masa daripada jumlah masa ketika bekerja makan gaji.
Bekerja lebih masa ini hanya sementara sahaja sebelum kita serahkan sebahagian kerja kepada ahli pasukan yang lain.
Apabila sepenuh masa, disiplin datang dari dalam diri kita. Tiada lagi undang-undang yang mengawal kita. Segelintir pemilik bisnes ketika menjalankan bisnes separuh masa, bisnes berjalan dengan baik. Apabila sepenuh masa, bisnes jatuh. Lazimnya, ia ada kaitan dengan masalah disiplin diri.
12688059_1677026039247130_4173520346115497891_n
Dari sudut kerohanian pula, minta restu ibu bapa dan mohon doa daripada mereka. Kejayaan lebih mudah dicapai apabila kita menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, isteri, anak-anak dan keluarga terdekat.
Seorang mentor kami pernah berkata, “Di saat ibu bapa menitiskan air mata mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kita, Insya Allah rezeki kita tidak akan putus.”
12651355_1677026045913796_5135599360217138052_n (1)
Membuat keputusan untuk berhenti kerja bukan satu keputusan yang remeh.
Antara faktor berhenti kerja yang meletakkan pemilik bisnes itu di dalam tekanan apabila mengusahakan bisnes sepenuh masa ialah.
1 – Berhenti sebab tidak suka kerja tersebut
2 – Berhenti sebab ghairah melihat kejayaan pengusaha bisnes sepenuh masa
3 – Berhenti sebab ingin menyelesaikan hutang menggunakan hasil keuntungan bisnes
Ketiga-tiga sebab di atas bukan alasan yang sesuai untuk berhenti kerja.
Apabila keputusan bersandarkan sebab-sebab di atas, ia bakal mengundang banyak lagi keputusan dan peristiwa yang tidak sihat berlaku ke atas pemilik bisnes tersebut.
Kita berhenti kerana mempunyai perancangan lebih baik. Kita keluar daripada dunia makan gaji untuk memasuki dunia yang lebih baik. Baiknya dunia itu ialah hasil daripada perancangan yang telah disusun lebih awal.
Apabila perancangan rapi dibuat, kita tidak perlu memulakan bisnes sepenuh masa dengan duit pinjaman dari mana-mana pihak. Kita boleh bermula dengan apa yang ada di tangan.
Kita juga dapat menguruskan persepsi keluarga terdekat dengan baik. Sebahagian usahawan baru, mereka datang daripada keluarga yang tidak mempunyai jiwa bisnes. Apabila keputusan untuk berhenti kerja dibuat, keadaan menjadi tegang apabila pasangan atau keluarga terdekat tidak memahami.
Akhir kata, usah didengar cerita-cerita asyik sahaja tentang dunia bisnes. Ia boleh mendorong kita membuat keputusan di luar logik bisnes. Hakikatnya, banyak kisah-kisah pilu dunia bisnes yang sembunyikan. Lambakan kisah pilu pemilik bisnes ini akibat daripada bertindak tanpa perancangan.

0 comment... add one now