5 Tips memilih menu berbuka puasa yang tepat di bazar Ramadan

#JendelaRamadan: Tips pilih makanan sihat di bazar Ramadan

Tiba sahaja bulan Ramadan, kita tak akan lari daripada membeli juadah di bazar. Bila berkunjung ke bazar Ramadan, pasti anda akan mendapati banyak pilihan lauk-pauk dan kuih-muih yang boleh dijadikan menu untuk berbuka puasa. Bila terlihat akan banyaknya pilihan di bazar Ramadan, perhatian anda boleh terganggu kerana tidak dapat fokus untuk mencari hidangan yang perlu. Saya berikan 5 tips pilih menu berbuka di bazar Ramadan ini boleh membantu anda membuat pilihan dengan lebih rasional.

1. Sebelum membeli, buat catatan apa senarai makanan yang anda perlukan. Buat pembelian mengikut senarai tersebut. Dengan langkah ini, anda boleh mengelakkan daripada terbeli makanan yang sememangnya tidak perlu. Jika tidak habis dimakan, ia akan terbuang begitu sahaja.
2. Pilih makanan yang berkhasiat dan menyihatkan ketika membeli menu untuk berbuka puasa. Jangan terlalu memilih makanan yang banyak kolesterol dan berminyak.
3. Berikan keutamaan kepada makanan yang disediakan tanpa santan dan bermarjerin.
4. Kuih-muih dan makanan yang manis hendaklah dikurangkan.
5. Elakkan daripada membeli minuman yang dijual. Dikhuatiri ianya terlalu manis. Sediakan air minuman sendiri di rumah. Anda boleh mengetahui paras gula di dalamnya. Sekaligus menjimatkan wang anda.

Kesimpulan
Berhati-hatilah semasa memilih juadah untuk berbuka di bazar Ramadan. Dikhuatiri poket anda akan surut dengan lebih cepat. Selain itu, diet dan kesihatan anda juga bakal terkesan jika memakan makanan yang kurang berkhasiat.

Kredit - ikhwanfahmi 

0 comment... add one now