5 Tips diet mudah sahur nak kuruskan badan

Raya nak dekat dah. Ramai yang berharap masa bulan puasa ni la nak kuruskan badan. Tapi, lain jadinya. Berat badan makin naik pulak.
Jaga-jaga, takut nanti baju raya yang anda tempah tu tak muat nanti. Tak pasal-pasal pakai baju raya tahun lepas.
Haa..masih sempat lagi nak kuruskan badan. Saya kongsikan tips diet mudah sahur oleh Jurulatih Kecergasan Kevin Zahri.

1. Jangan skip sahur

giphy
Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.

2. Komplex Karbo

rice
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.

3. Target Kalori: dalam 500kcal

image
Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur should be dalam lingkungan 500kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat seperti segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.

4. Protein yang bersih

image
Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.

5. Elak Garam

image
Garam sebenarnya mempercepatkan dehidrasi dan akan anda rasa haus ketika berpuasa.

0 comment... add one now