5 Tempat Tumpuan Kanak - Kanak Pada Cuti Sekolah

Sekarang kan musim cuti sekolah. agak-agak, nak pergi mana ya? Ibu bapa yang ada rancang nak pergi bercuti tu tapi tak tau nak pergi bercuti dekat mana, boleh usha tempat apa yang menarik yang disediakan dalam artikel kali ini, sebenarnya memang ada bnyak sangat tempat tempat yang menarik boleh korang pergi. Anak-anak pun mesti suka. Kalau nak tau, jom kita tengok!

1. Legoland

 
Tempat ini dinamakan legoland dan bertempat di Nusajaya, Johor. Bagi Theme Park, ianya dibuka seawal 10 pagi hingga 8 malam, dan bagi water park pula, ianya dibuka pada pukul 4 petang hingga 6 petang. Macam-macam jenis permainan yang korang semua boleh cuba tau! Memang menarik dan cukup sesuai untuk percutian seiisi keluarga.

2. Genting Highlands

 
Genting highlands antara salah satu tempat yang wajib korang pergi. Tempat yang sangat strategik untuk bawa satu keluarga bercuti. Pelbagai aktiviti, permainan dan tempat-tempat yang menarik boleh kita kunjungi.  tempat yang memang terkenal dengan taman tema yang cantik dan memang memuaskan hati!

3. Real Escape Game- Avenue K


Tak perlu pergi bercuti jauh-jauh, jimat pun jimat, menarik pun menarik. Apa lagi kalau bukan Real Escape Game ni? Kalau korang nak tau, Real Escape Game ni merupakan satu permainan yang sangat menarik dan penuh dengan misteri Permainan ini bermotifkan untuk menguji tahap ketinggian kita berfikir. Apa lagi, hari minggu bawaklah anak-anak cuba permainan mencabar ini!

4. Lost World of Tambun, Perak


Taman tema yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik seperti Adventure Riverr, Tube Raiders, Sandy Bay dan sebagainya. Sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Pelbagai aktiviti lasak dan menarik juga ada di sini !

5. Dinoscovery


Tempat ini sangat memberikan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang datang tidak kira pengunjung tempatan atau luar Negara. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti penggembaraan menyelamatkan dinosaur, berlari bersama dinosaur dan sebagainya. Satu pengalaman yang bagus untuk didedahkan kepada  kanak-kanak yang datang.

0 comment... add one now