5 Tempat percutian paling 'awesome' di Malaysia

hiasan



Tahun 2016 terkenal dengan tahun paling banyak cuti. Bukan sahaja cuti sekolah atau cuti perayaan, malah kebanyakkan cuti pada tahun ini semuanya jatuh pada hari bekerja dan pasti ramai yang ambil cuti sehingga hujung minggu.

Tapi bila cuti dah dimohon, pasti kamu tertanya atau memikirkan dimana tempat untuk ditujui atau apakah aktiviti yang hendak dilakukan ketika cuti. Betul bukan? Kadang-kadang kita lihat terdapat banyak di viral-kan tempat percutian dan kebanyakkannya kita terlupa tempat dan apa aktiviti yang kita nak lakukan ketika itu.

Jadi, untuk menyelamatkan cuti kamu daripada di sia-siakan begitu sahaja. Mark the date and this web! Tahukah kamu di negara kita sahaja terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi ketika bercuti? Hah! Ini dia tempat yang paling awesome setakat ini dan bakal akan dipertambahkan lagi pada hari-hari akan datang.

1. Sekeping Serendah, Selangor

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/serendaahhh.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/serendah.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/serendahh.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/serendahhh.jpg

Bagi kamu yang sudah biasa dengan kehidupan bandar dan tidak pernah merasa bagaimana kehidupan di dalam hutan, maka inilah tempat yang paling sesuai untuk kamu tuju! Pabila berada disini kamu boleh lihat keindahan alam semula jadi, bunyi haiwan seperti unggas dan serangga serta udara yang segar! Dan paling romantik sekali waktu malam, kamu akan tidur di dalam kelambu. Romantik sangat! Hehe. Tak tahu kelambu tu apa? Datang dulu ke sini!

2. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan


http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/The%20Shorea.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/The%20Shoreaa.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/The%20Shoreaaa.jpg

Bila kita tanya rakan atau sedara mara dimanakah tempat percutian yang menarik, pasti Negeri Sembilan termasuk dalam senarai percutian kamu. Tetapi pasti kamu memikirkan apa yang ada di Negeri Sembilan ini selain Port Dickson dan Ulu Bendul bukan? Kamu silap! Negeri Sembilan memang merupakan negeri yang tidak besar mana kalau nak dibandingkan Johor atau Pahang.

Namun ramai tidak tahu bahawa di negeri ini mempunyai tempat yang sangat menarik untuk bercuti terutama untuk honeymoon atau bagi yang berkeluarga. Terdapat pelbagai pilihan dan jenis villa yang boleh kamu pilih di The Shorea ini. Jadi jangan lepaskan peluang!

3. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan


http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/The%20Dusun.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/The%20Dusunn.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/The%20Dusunnn.jpg

Jika rasa sudah bosan dengan suasana Villa atau tempat seperti The Shorea, mungkin kamu boleh mencuba bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Tempat ini banyak aktiviti boleh kamu lakukan seperti jungle trekking, hiking dan macam-macam lagi.

The Dusun ini kamu boleh merasakan kehidupan di dalam dalam hutan. Bayangkan bangun pagi berkabus dan sejuk. Wow! Pasti seronok bukan? Untuk pengetahuan kamu, pemilik The Dusun ini bukan beragama islam dan mempunyai anjing peliharaannya di tempat ini. Jadi bagi sesiapa yang berasa tidak selesa boleh cari tempat lain pula.

4. Limastiga, Umbai, Melaka


http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/Limastiga.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/Limastigaa.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/Limastigaaa.jpg

Kita beralih ke negeri yang dahulunya terkenal dengan perlabuhan dan Parameswara ini, Melaka Darul Azim. Sebut sahaja nama negeri ini pasti terfikir Dataran Pahlawan, Pantai Klebang atau Mahkota Parade bukan? Itu semua biasa sahaja untuk pelancong luar boleh la merasa keunikkan seperti itu. Tetapi kita sebagai penduduk asal di tanah melayu ini pasti mencari kelainan di tempat kita bukan?

Jika kamu mencari tempat atau suasana kampung yang moden, tetapi dilengkapi dengan kolam renang, maka Limastiga merupakan tempat yang kamu cari selama ini! Jika kamu tinggal di ibu kota Kuala Lumpur tidak jauh untuk kamu datang ke sini kerana ia hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja.

Yang lebih menarik lagi tempat ini, hanya pengunjung beragama islam sahaja dibenarkan menginap di sini. Bukan kerana tidak suka dengan penganut lain, ia hanya untuk menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Wow! Menarik bukan?

5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang


http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/Tanah%20Ainaa.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/Tanah%20Ainaaa.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/Tanah%20Ainaaaa.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/22032016/cuticuti/Tanah%20Ainaaaaa.jpg

Nak lagi mencabar dan lagi seronok? Inilah tempat yang kamu cari selama ini. Tanah Aina menyediakan para pengunjung untuk merasa percutian mereka dengan bermalam di dalam khemah yang disediakan. Di tempat ini merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan lain daripada yang lain.

Selain Tanah Aina Farouq di Raub, terdapat 3 lokasi berlainan iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan Tanah Aina di Lentang, Karak, Pahang.

1 comment... add one now

Afif Rayyan Afif Rayyan Jun 03, 2016
Memang awesome sume tempat nie.. huhu