5 tabiat orang berjaya amalkan pada waktu pagi

Waktu pagi merupakan rutin harian yang paling sukar untuk kita lakukan. Jika anda termasuk dalam golongan mereka yang bangun awal pagi, tahniah! Anda mungkin lebih berjaya daripada mereka yang sentiasa kalah dengan butang “snooze”. Kajian terkini mendapati bahawa mereka yang bangun awal pagi ternyata lebih produktif daripada rakan-rakan mereka yang bangun lambat.
Orang-orang yang berjaya di atas muka bumi ini mengamalkan beberapa tabiat yang hampir serupa. Berikut disenaraikan 5 tabiat yang diamalkan oleh orang-orang berjaya pada setiap pagi:
1. Luangkan masa untuk membakar kalori(senaman)
Tidak bersenam bukan sahaja akan membuat kesihatan tubuh anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekali gus nampak tidak bermaya. Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam. Anna Wintour, seorang ketua editor Vogue yang popular, adalah seorang yang suka menjadi produktif pada waktu awal pagi. Dilaporkan bahawa beliau bangun sebelum pukul 6 pagi pada setiap hari untuk mengeluarkan peluh dengan beberapa pusingan permainan tenis.
2. Lakukan tugasan yang paling mudah, kemudian baru yang sukar seperti memeriksa email.
Tim Armstrong, CEO kepada AOL, pernah menghantar e-mail seawal jam 5 pagi sebaik sahaja beliau bangun daripada tidur. Tetapi setelah menyedari bahawa kebanyakan orang tidak biasa bangun seawal waktu itu, beliau pun melewatkan semula penghantaran e-mail kepada pukul 7 pagi, iaitu semasa beliau dalam perjalanan ke pejabat.
3. Bayangkan impian dan cita-cita anda sekurang-kurangnya 10 minit
Steve Jobs, ketika ucapan perasmiannya di Stanford pada tahun 2005, memberitahu para penonton yang beliau akan melihat cermin pada setiap pagi dan bertanya kepada dirinya,”Jika hari ini merupakan hari terakhir dalam hidup saya, apakah saya mahu melakukan perkara yang akan saya lakukan hari ini?”
4. Luangkan masa untuk keluarga.
Masa bersama keluarga adalah sesuatu yang amat berharga. Walau sesibuk mana pun anda dan setinggi mana pun jawatan korporat anda, anda perlu sentiasa meluangkan masa bersama mereka yang paling memberi sokongan kepada anda. Jenna Lyons, seorang direktor kreativiti untuk J. Crew, meluangkan masa pagi beliau bersama anak lelakinya, Beckett.
5. Meluangkan masa pada waktu pagi di katil
Salah seorang pemimpin yang produktif dari England melakukan aktiviti seperti ini pada setiap hari. Winston Churchill selalu bangun pada pukul 7 pagi setiap hari, dan menghabiskan sebahagian besar masa paginya dengan berada di atas katil. Di situ, dia akan memakan sarapan dan membaca suratkhabar serta surat-surat.
Sumber - Zolace

0 comment... add one now