5 Sebab Kenapa Anda Perlu Berkahwin Dalam Usia 20-an



Nak dijadikan realiti, berapa ramai yang sanggup berkahwin dengan usia muda dengan status kewangan yang tidak stabil? Benar, status kewangan dan masih belajar di institusi pengajian menjadi sebab utama kenapa ramai daripada kita yang tinggal pada era globalisasi untuk memilih tidak berkahwin terlebih dahulu.

Kita semua sering dan sentiasa mencari halatuju kita sendiri pada masa hadapan. Jadi, minat dan halatuju kerjaya kita sentiasa berubah. Jika wang menjadi ukuran utama, selepas habis belajar pun masih turut menanggung bebanan hutang pembelajaran. Ada sesetengah pihak berpandangan menunda perkahwinan sebagai satu keputusan peribadi yang bijak dan profesional. Walau bagaimanapun, terdapat banyak sebab mengapa anda perlu memilih untuk berkahwin dengan pasangan anda lebih awal daripada berkahwin kemudian:


1. Tiada wang? Tiada masalah.

Hanyalah satu konsep pandangan umum bahawa pasangan hendaklah mempunyai simpanan kukuh terlebih dahulu sebelum berkahwin. Walaupun saya bersetuju pendapatan yang stabil dan simpanan kukuh adalah penting untuk masa hadapan anak-anak. – apabila datang perihal perkahwinan itu sendiri, ya. Sememangnya benar belaka. Tetapi, memetik soal topik berkahwin pada usia muda mendorong pasangan sama-sama untuk menaikkan taraf kehidupan masing-masing. Bercakap mengenai perkahwinan; “Di setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita dibelakangnya. “

2. Pasangan yang berkahwin muda lebih bahagia.

Statistik mendapati mereka yang masih belum berkahwin pada usia 20-an lebih cenderung untuk mengalami kemurungan daripada rakan-rakan mereka yang sudah berkahwin.

“35% lelaki bujang dilaporkan mereka berbahagia dengan kehidupan mereka, berbanding dengan 52% lelaki yang sudah berkahwin. Begitu juga, 33% daripada wanita bujang berbanding dengan 47% daripada wanita yang sudah berkahwin. “

Konklusinya di sini, mereka yang berkahwin pada usia 20 tahun lebih berbahagia daripada mereka yang belum berkahwin pada usia 20 tahun.

3. Lelaki yang sudah berkahwin mendapat pendapatan lebih.

Bukanlah lagi rahsia lelaki berpendapatan lebih daripada wanita (pada dasarnya) secara menyeluruh dalam sistem ekonomi kita pada masa kini. Tetapi orang yang sudah berkahwin diberi keutamaan daripada yang lain, – dan ini telah berlaku semenjak beberapa dekad. Soalan: Adakah lelaki yang sudah berkahwin dianggap lebih bertanggungjawab? Atau lebih produktif? Tiada siapa yang tahu.

Mari kita lihat dari sudut positif, jika anda berada dalam keadaan kewangan yang kurang bernasib baik apabila anda beristeri, sekurang-kurangnya anda boleh mengharapkan dalam menginjak usia perkahwinan anda itu anda diberi pendapatan yang lebih.

4. Pasangan yang berkahwin muda mendapat lebih hubungan intim

Kaji selidik membuktikan bahawa pasangan yang telah berkahwin secara umumnya melakukan hubungan intim lebih daripada rakan-rakan yang belum berkahwin pada usia 20-an. Menurut kajian, 85% daripada pasangan suami isteri berusia 20-an melakukan hubungan intim sekurang-kurangnya beberapa kali sebulan berbanding rakan-rakan mereka yang bujang.

5. Kesuburan lebih tinggi.

Ada apa dengan hubungan syahwat? Melahirkan bayi.

Dan malangnya kadar kesuburan bagi wanita jatuh pada usia sekitar 27 tahun. Selepas usia 35 tahun, kesuburan mereka berkurangan lebih dramatik. Jadi, berkahwin awal memberi peluang untuk hamil. Malah, hamil muda boleh menjimatkan wang dalam jangka masa panjang. Oleh kerana, mari kita menghadapinya bersama-sama: rawatan kos-kos kesuburan wanita sebenarnya agak mahal.

0 comment... add one now