5 Restoran Yang Paling Mahal Di Dunia Patut Anda Tahu

Makan di luar semestinya menjadi antara aktiviti yang korang semua gemari terutamanya di hujung minggu kan?
Apa taknya, seharian dah keluar menghabiskan masa sama ada membeli-belah, atau berjalan-jalan bersama keluarga, takkan nak balik rumah masak lagi.
Dah penat dah kalau nak masak pun, jadi pastinya kedai makan atau restoranlah yang menjadi tumpuan anda.
Sebut pasal restoran ni tahukah anda terdapat restoran yang sangat mahal dan hanya mampu dikunjungi oleh mereka yang berada sahaja. Jom kita lihat…
sublimotion
1. Restoran Sublimotion
Restoran Sublimotion ini terletak di Ibiza, Sepanyok merupakan antara restoran yang termahal di dunia. Hidangan yang ada di restoran ini paling murah adalah AS$1,800 untuk satu hidangan!! Jadi siapa-siapa yang rasa nk cuba makan di sini, sediakan wang secukupnya ye..
Masa
2. Restoran Masa
Restoran Masa yang cukup terkenal ini terletak di kota New York, Amerika Syarikat. Restoran ini menyajikan makanan Jepun seperti sushi dan sashimi. Pemilik restoran ini, Masa Tamayaka sememangnya sudah terkenal di New York sebagai seorang chef terkemuka. Kos paling murah untuk makan di sini ialah dengan hidangan bernilai AS$595!!
Guy Savoy
3. Restoran Guy Savoy Monnai de
Guy Savoy Monnai de ini merupakan sebuah restoran yang terkenal di Paris, Perancis. Ia dimiliki oleh chef ternama, Guy Savoy. Antara menu yang terkenal di sini ialah udang kara panggang, sup articok dan trufle hitam yang menelan kos AS$525.
Kitcho-Kyoto-Japan
4. Restoran Kitcho
Kitcho terletak di Kyoto, Jepun ini pastinya menyediakan hidangan unik tersohor negara matahari terbit itu seperti sushi dan sashimi. Ia merupakan restoran milik Chef Kunio Takuoko yang turut menawarkan masakan termahal. Untuk menikmati hidangan sushi dan sashimi di restoran ini, anda perlu menyediakan wang berjumlah AS$475 bagi satu hidangan!!
ultraviolet
5. Restoran Ultraviolet, Shanghai
Restoran unik ini bukan sahaja menyajikan hidangan yang lazat, tetapi pelanggan juga boleh menikmati  kehebatan teknologi visual kepada pelanggannya. Untuk makan di restoran ini, seorang pelanggan perlu membayar AS$450 sekali makan!!

0 comment... add one now