5 Punca Yang Menyebabkan Sakit Gastrik Boleh Berlaku

5 Punca Yang Menyebabkan Sakit Gastrik
Penyakit gastrik terjadi bila permukaan atau dinding dalam perut terhakis oleh asid yang terhasil dalam perut ketika berlakunya proses penghadaman makanan.
Sakit gastrik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada individu yang kurang mengambil berat bab penjagaan makanan. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut suka membiarkan perut kosong untuk tempoh yang lama.
5 Punca Yang Menyebabkan Sakit Gastrik
5 Punca Yang Menyebabkan Sakit Gastrik
1) Pengeluaran Asid Yang Berlebihan – Sakit gastrik adalah disebabkan oleh kandungan asid yang tinggi dalam perut. Ini akan menyebabkan berlakunya ulser dan memudahkan bakteria mengikis dinding perut.
2) Waktu Makan Yang Tidak Teratur – Ramai yang suka lengahkan waktu makan ataupun meninggalkan waktu makan dengan alasan ingin berdiet atau kerana kesuntukkan masa. Sikap sebegini boleh menyebabkan berlakunya sakit gastik. Untuk anda yang ingin berdiet, pastikan anda tidak membiarkan perut anda kosong untuk mengelak berlakunya sakit gastrik.
3) Makanan Yang Pedas – Pengambilan makanan yang terlalu pedas turut menjadi penyumbang kepada punca sakit gastrik. Kepedasan boleh merangsang berlakunya rembesan jus asid dalam perut dan menyebabkan sakit gastrik.
4) Minuman Berkafein – Pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan jus asid dalam perut menjadi lebih aktif. Elakkan pengambilan minuman berkafein ketika perut kosong dan juga sebelum anda tidur.
5) Merokok – Bahan kimia yang terkandung dalam rokok boleh menyebabkan rembesan jus asid dalam perut. Kebiasaannya perokok tegar memang mudah terkena sakit gastrik.
Sakit gastrik biarpun kelihatan seperti penyakit biasa yang mudah dirawat dengan ubat namun jika dibiarkan berlarutan ia boleh menjadi penyakit yang lebih serius dan membawa maut.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Hentikan tabiat buruk anda sekarang. Amalkan pemakanan yang sihat, jaga waktu makan dan hentikan merokok.
Semoga artikel 5 Punca Yang Menyebabkan Sakit Gastrik ini memberikan anda sedikit panduan tentang faktor-faktor yang menyebabkan anda sakit gastrik.
Kredit - notainfo 

0 comment... add one now