5 Perkara Mudah Untuk Dapat Pahala 'Extra' Di Bulan Puasa








Ini adalah minggu kedua bagi bulan puasa tahun ini dan semestinya semangat Ramadan masih lagi berkobar-kobar di hati masing-masing.

Jadi, untuk memanfaatkan semangat itu, jom kita sama-sama buat 5 perkara mudah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pahala 'extra' ketika di bulan yang penuh berkat ini.

1- Senyum

Senyum itu sedekah. Banyakkan bersenyum ketika bulan puasa ini dan insyaAllah anda akan dikurniakan pahala berlipat kali ganda. Biarpun anda lapar, marah atau sedih, ukirkan senyuman kerana senyum itu juga adalah tanda orang yang bersabar.

2 - Beri Salam

Dalam kesibukan kita sehari-hari bekerja, mungkin kita sudah lupa didikan semasa kecil dahulu, iaitu memberi salam. Apa salahnya memberi salam pada setiap pagi ketika sampai di tempat kerja? Bukan sahaja dapat pahala, malah dapat juga mengeratkan silraturrahim.

3 - Baca Al-Quran

Antara salah satu alasan yang diberi oleh muslim yang tidak mengamalkan pembacaaan Al-Quran adalah sibuk. Jika itu alasannya rugilah kita di bulan yang berkat ini.

Jika benar-benar sibuk, jom amalkan cara ini. Baca Ayat Kursi, 4 Qul dan Al-Fatihah sahaja setiap kali habis sembahyang. Itu pun dah dikira membaca Al-Quran. Lebih elok juga kalau dapat dalami pengertiannya.

Bagi yang tidak mahir atau tergagap-gagap pula anda jangan khuatir kerana anda akan mendapat dua pahala ketika membaca Al-Quran. Satunya pahalatilawah dan satu lagi pahala kerana bersusah payah mencuba.

4 - Berzakat



Jadi apabila mendengar perkataan zakat, ramai yang masih keliru. Sebenarnya zakat bermaksud mencuci. Jadi apabila kita berzakat, kita sebenarnya 'mencuci' harta benda kita disamping membuat pahala.

Ini beberapa jenis zakat yang ada :

 - Zakat Pendapatan : Zakat untuk membersihkan pendapatan kita (selepas tolak komitmen)
 - Zakat Wang Simpanan : Zakat untuk membersihkan wang dalam simpanan kita
 - Zakat KWSP : Zakat untuk wang yang terkumpul dalam KWSP
 - Zakat Fitrah : Zakat yang perlu dibayar sempena hari raya Aidilfitri

Tapi kalau anda malas beratur untuk membayar zakat, jangan risau kerana pihak zakat turut menyediakan kemudahan pembayaran secara onlinehttps://www.zakat2u.com.my/payment/fast.

Mengenai berapa banyak jumlah zakat yang perlu dibayar pula, anda boleh gunakan kalkulator yang disediakan oleh pihak di laman itu. Bagi zakat pendapatan, secara kasarnya anda cuma perlu membayar 2.5% setiap bulan dari pendapatan bulanan selepas menolak komitmen termasuk perbelanjaan diri sendiri. Tak banyak kan?


Untuk mengetahui lanjut tentang zakat & pelbagai jenis zakat lagi, anda boleh layari laman web Zakat Malaysia atau anda boleh hubungi mereka sendiri.

5 - Kongsi ilmu di dalam artikel ini!
Berkongsi ilmu pun boleh mendatangkan pahala. Jika anda tidak keberatan, kongsilah ilmu-ilmu di dalam artikel ini kepada rakan, sahabat atau sesiapa sahaja.

Jika ilmu ini bermanfaat dan diamalkan, anda juga akan dapat pahala yang berterusan biarpun sudah meninggal dunia. Percuma kan?


Selagi kita ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, InsyaAllah semua usaha kita akan diterima dan diberi ganjaran.

0 comment... add one now