5 Motorsikal Terbaik Bagi Penunggang Baru Menunggang Motorsikal Berkuasa Besar Di Malaysia

5 motorsikal terbaik bagi penunggang baru menunggang motorsikal berkuasa besar di Malaysia | Sejak kebelakangan ini kemalangan melibatkan penunggang motorsikal berkuasa besar sentiasa di laporkan di media massa. Tidak di nafikan faktor alam seperti cuaca dan jalanraya antara punca kemalangan, namun di Malaysia, kecuaian penunggang motorsikal terutama penunggang baru boleh di katakan faktor utama kemalangan. 

Ya, sebagai penunggang baru kita mungkin memiliki kemampuan membeli motorsikal berkuasa besar yang di idamkan, tapi adakah kita menyedari had kemampuan diri sendiri sebelum berbangga di atas motorsikal yang mungkin boleh membawa maut pada diri kita?

Jadi penting untuk kita menunggang motorsikal dalam kategori yang sesuai dengan keupayaan diri di samping memahami dan mempelajari selok belok teknikal sebuah jentera sebelum beralih ke kapasiti lebih besar.

Berikut adalah 5 motorsikal terbaik bagi penunggang yang baru berjinak dengan motorsikal berkuasa besar di Malaysia yang mampu memberi keseronokkan tanpa mengancam kesejahteraan anda ( namun segalanya bergantung pada kawalan anda ).

1. Kawsaki Ninja 250 SE


Sesaran: 249cc
Enjin: 4-lejang, dua silinder selari DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6-kelajuan

Jika anda sukakan gaya yang sporty dan rekaan terkini, ini adalah satu permulaan yang sempurna. Ninja 250 adalah tepat untuk anda belajar bagaimana mengunakan anjakan gear dengan betul. Platform terbaik untuk anda ke menaik taraf seterusnya.

2. Honda CBR 250 R


Sesaran: 249cc
Enjin: 4-lejang, 1silinder DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api.
Transmisi: 6-kelajuan

Merupakan versi baru CBR 250 4 silinder yang sangat popular dahulu, CBR 250 R adalah jawapan Honda kepada Ninja 250. Model yang ringgan dan ramping sesuai untuk penunggang baru yang mahu merasai tork dari legasi CBR Fireblade.

3. KTM Duke 200


Sesaran: 200cc
Enjin: 4-lejang, 1 silinder DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6-kelajuan

Jika anda mahukan gaya Eropah dan multi-purpose. KTM Duke 200 jawapanya, lengkap dengan komponen terbaik seperti WP danABS, ini adalah model yang ringan, lincah dan penuh gaya. KTM CKD Malaysia juga turut memasang model Duke 390 dan Duke 650sebagai tambahan pilihan pada peminatnya.

4. Kawasaki Z250


Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6 kelajuan

Di asaskan dari model Ninja 250Z250merupakan streetfighter yang dinamik dan agresif yang mengabungkan konsep Z1000dan Z800 yang agresif, gagah dan lincah dengan rekabentuk yang lebih urban.

5. Ducati Monster 696


Sesaran: 696cc
Enjin: L-Twin, 4 lejang 2 injap Desmo sejukan udara, suntikan bahan api elektronik
Transmisi: 6 kelajuan

Ducati, jenama Itali yang tak perlu di ragui kehebatanya, walaupun merupakan model terkecil Ducati dan sedikit besar dari model pilihan yang lain, kuasanya masih mampu di kawal dengan gaya yang pasti memukau mata di mana sahaja bagi yang mahukan gaya mewah, tetapi agak sedikit mahal.

Sumber - arena-motor 

0 comment... add one now