5 Manfaat brokoli ramai yang tidak tahu pada kesihatan

woman eating broccoli floret with fork

Sebut je brokoli, mesti ramai yang tidak menggemarinya. Rasanya sayur hijau yang pahit, memang ramai tidak sukakannya! Tapi, ramai yang tidak tahu khasiat dan kebaikan brokoli pada kesihatan.
5 kebaikan brokoli yang admin senaraikan ini, pasti buatkan anda berubah fikiran dan akan sukakan sayur sihat ini!

Mengurangkan risiko kanser

Makan brokoli secara teratur dapat mengurangkan perkembangan sel kanser sehingga 40%. Bagusnya!

Mencegah Osteoarthritis

Osteoarthritis atau masalah tulang rawan biasanya berlaku pada usia pertengahan ke atas. Menurut kajian, brokoli mengandungiSulforaphane, yang menghalang enzim penyebab kerosakan tulang rawan, dengan cara mencegah terjadinya keradangan.

Mencegah kanser kulit

Brokoli dapat melindungi kulit kita dari bahaya sinar UV. Anda juga boleh menggunakan produk kecantikan yang mengandungi brokoli untuk mendapatkan perlindungan kulit tambahan.

Menjaga kesihatan mata

Kandungan carotenoid lutein dalam brokoli membantu mencegah masalah penglihatan akibat pertambahan usia. Brokoli juga akan menghalang kita dari diserang katarak.

Menjaga kesihatan jantung

Carotenoid lutein dalam brokoli berperanan untuk melambatkan atau mencegah penebalan arteri dalam tubuh manusia, sekaligus mencegah penyakit jantung dan strok.Vitamin B6 dan asid folat pula dapat mengurangkan risiko diserang atherosclerosis, serangan jantung, dan strok.

1 comment... add one now

Kim Chaa Kim Chaa Jun 07, 2016
Baru tahu brokoli nihh banyak manfaat.