5 Kartun Tempatan Yang Popular Di Malaysia Sekitar Tahun 90-an

Walaupun kebanjiran kartun antarabangsa sering dilihat di kaca televisyen, namun karya kartun tempatan masih lagi menjadi pilihan dan segar di ingatan kanak-kanak sekitar tahun 90an. Mari kita imbas dan kenang kembali kartun tempatan paling popular di Malaysia!
DI MANA JOE JAMBUL
Di Mana Joe Jambul ni menguji tahap pengetahuan am dan kemahiran geografi peserta yang terdiri dari budak sekolah. Ianya merupakan sebuah adaptasi daripada siri kanak-kanak Hollywood “Where in the World Is Carmen Sandiego?”.
Watak-watak geng Joe Jambul diketuai oleh Joe Jambul yang mempunyai jambul rambut yang panjang dan dibantu oleh 5 orang gengnya .
A.L.O.N.G!
A.L.O.N.G.!!! Siapa yang tidak mengetahui rancangan ini, memang rugi kerana anda boleh belajar sambil berhibur.
Along merupakan mascot kucing yang juga watak utama yang mempunyai adik iaituAngah dan Acik yang merupakan kucing betina berwarna putih.
Paling menarik dalam rancangan ini ialahSITI SIFIR. Pasti anda ingat lagi cara untuk menghafal sifir cara SITI SIFIR yang membaca sifir sambil menyanyi.
ANAK-ANAK SIDEK
Rancangan animasi “Anak-anak Sidek”merupakan kartun semi-biografi anak-anak Haji Sidek yang kini merupakan pemain badminton Malaysia.
Siapa yang tidak mengenali lima adik beradik jaguh badminton Malaysia iaituMisbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid Sidek. Kisah benar yang diadaptasikan dalam siri kartun, mengisahkan ketegasan Haji Sidek dalam mendidik dan melatih anaknya bermain badminton.
Hasil usaha keras bapanya, Malaysia membawa pulang Piala Thomas pada tahun 1992. Sehingga kini kelima-lima adik beradik itu masih meneruskan legasi bapanya dengan menjadi jurulatih.
Malah, cucu kepada Haji Sidek Misbun Ramdan kini merupakan pelapis pemain badminton kebangsaan. Selain siri animasi, komik “Anak-anak Sidek” juga menjadi bahan bacaan popular di sekolah.
KELUANG MAN
Jika di negara luar mereka mempunyai kartun Batman, Spiderman dan Superman, tetapi di Malaysia kita mempunyai watak kartun hero terkenal iaitu “Keluang Man”.
Siri animasi “Keluang Man” merupakan siri animasi pertama yang menggabungkan animasi 2D dan berlatarbelakangkan 3D.
Jika dibandingkan dengan jalan penceritaannya dengan siri animasi Batman yang merupakan anak orang kaya, watak Keluang Man pula merupakan orang gila di Hospital Tampoi.
Walaupun wataknya gila tetapi Keluang Man dan rakannya Tiung Man berusaha mengalahkan kejahatan di Malaysia dengan cara mereka tersendiri.
USOP SONTORIAN
Pasti anda ingat lagi watak siri animasi“Usop Sontorian”. Cerita ini mengisahkan kehidupan kanak-kanak dikampung.
Usop sering bermain bersama kawan-kawannya yang terdiri dari pelbagai bangsa antaranya Dol, Abu, Singh, Ah Kim danVellu. Tidak dilupakan Usop juga mempunyai ayam jantan yang bernama Selebet.
“Usop Sontorian” merupakan siri animasi pertama diMalaysia yang ditayangkan tahun 1994. Siri animasi ini bukan sahaja mendapat sambutan di Malaysia, malah di Fetival Animasi Asia Hiroshima Jepun pada tahun 1996.
Apa yang menarik mengenai siri animasi ini ialah ianya berkisarkan tentang keunikan Malaysia yang kaya dengan budaya, kaum dan agama.
BONUS! CILI PADI – Siapa yang tak ingat rancangan Cili Padi ni bermaksud dia tak habiskan Sabtu pagi dia depan TV masa zaman 90-an dulu.

0 comment... add one now