5 Jenis Pelukan Dan Rahsia Kenapa Suami Suka Peluk Isteri!

post-feature-image

Dalam hubungan suami isteri, pelukan adalah sesuatu perbuatan dan perhubungan yang penuh makna dan mempunyai kekuatan sendiri. Tetapi kebanyakan isteri tidak tahu apa disebalik pelukan yang diberikan suami. Fuh! ada maksud tersirat dan tersurat disebalik pelukan suami terhadap isteri. 

Tahukah anda, pelukan suami sebenarnya dapat mengurangkan tahad kalestrol dan meningkatkan kesihatan isteri. Walaupun pelukan yang diberi itu lembut, kita boleh rasai sendiri getaran hangat dalam jiwa raga kita. Suami yang ingin isterinya menurunkan berat badan digalakkan untuk peluk isterinya lebih kerap.

1. Pelukan Merangkul Seluruh Tubuh Anda
rahsia pelukan lelaki

Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga beerti pasangan anda ingin meminta maaf.

2. Memeluk Sambil Meletakkan Kepalanya Di Bahu
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalakn ciuman dibahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.

3. Pelukan Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.

4. Pelukan Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.

5. Pelukan Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya sebuah foreplay. Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat kepada anda.

Semoga pelukan yang diberikan oleh suami terhadap isteri difahami sedalamnya bagi memudahkan komunikasi bahasa tubuh dan mengeratkan lagi hubungan pasangan suami isteri. 

0 comment... add one now