5 Jenis Haruman Yang Lelaki Suka Pada Wanita

Fitrahnya wanita suka sesuatu yang cantik dan wangi kan. Pernah tak anda segan kalau selisih dengan lelaki takut lelaki tu terbau bau badan kita. Yelaa, kadang kita tak perasan kita ni jenis berbau atau tak kan? Orang lain yang boleh bau. 

Image result for 5 Jenis Haruman Yang Lelaki Suka Pada Wanita

Ada pula sesuatu haruman tu buat kita terus teringat pada seseorang. Betapa kuatnya penangan sesuatu haruman tu. Tapi ada sesetengah bau wangian yang lelaki suka sangat kalau wanita pakai. Nak tahu apa?

1. Vanila
Ia adalah salah satu haruman yang buat lelaki mudah tertarik. Ia merupakan satu sumber natural afrodisiak, peningkat daya seksual dan secara semula jadi mampu mengurangkan tahap tekanan.
 
2. Cendana
Haruman yang berasaskan cendana ini mempunyai aura seksi, romantis dan sangat relaks. Cendana juga mempunyai bauan yang hangat dan dikatakan menjadi tarikan buat jejaka.
 
3. Kasturi
Ekstrak kasturi sering digunakan ke dalam penghasilan haruman wangian buat lelaki dan perempuan. Ia seakan campuran cendana dan vanila kerana harumannya yang warm dan sensual. Ia punya ciri-ciri tarikan seksual dan romantik.
 
4. Oren
Wangian dengan sumber buah oren selalunya mempunyai bau yang segar, manis dan memikat buat lelaki.
 
5. Lily of the Valley
Baunya yang manis dan lembut dikatakan agak cenderung menarik perhatian lelaki. Ia mencerminkan sisi personaliti feminin dan romantik seseorang.

0 comment... add one now