5 Jenama beg tangan paling mahal di dunia pada tahun 2016

Sebut saja bab wanita tak kan lepas salah satunya adalah beg tangan. Bagaikan wanita dan beg tangan tidak dapat dipisahkan. Mari lihat 5 jenama beg tangan paling mahal di dunia pada tahun 2016

1. LOUIS VUITTON



Apa sahaja dengan nama Louis Vuitton adalah sangat ekslusif dan melambangkan imej mewah. Ianya bermula pada tahun 1854 di Kota Paris. LV dinamakan sebagai antara jenama paling berpengaruh di dunia selama 6 tahun berturut-turut.

2. HERMES


Siapa yang ke Bandar Paris pasti akan mencari Hermes. Perniagaan ini dimulakan pada tahun 1837. Beg tangan paling mahal yang terjual adalah jenis Matte crocodile birkin bag pada harga USD$20,000 dan beg tangan kulit buaya dengan bertatahkan berlian pada harga $120,000.

3. MOUAWAD



Mouawad adalah jenama beg tangan yang juga turut mengeluarakn barang kemas dan timepieces.Ianya merupakan produk Geneva, dan HQ terletak di Dubai. Beg tangan paling mahal keluaran Mouawad adalah 1001 nights’ diamonds yang penuh bertatahkan berlian dan emas.

4. CHANEL



Siapa yang tidak kenal Chanel. Ianya merupakan jenama terkenal dari France, dan bermula sekitar tahun 1909. antara selebriti terkenal yang dilihat memaki Chanel adalah seperti Nicole Kidman, Keira Knightley. Jenama Chanel begitu popular di serata dunia. Salah satu beg Chanel yang bertatahkan berlian dan emas terjual pada harga USD $261,000.

5. FENDI


Jenama Fendi adalah produk kebanggaan Italy yang popular dengan pelbagai jenis barangan kulit. Fendi ditubuhkan pada 1925 dan berjaya sehingga hari ini. Beg tangan Fendi diperbuat daripada kulit seperti kulit buaya dan kambing. Beg tangan Fendi Antara beg Fendi yang popular adalah Selleria dan terjual pada harga USD 28 000

sumber : http://www.mostluxuriouslist.com/
Kredit : pamamedia 

0 comment... add one now