5 Gajet telefon pintar tercanggih tahun 2016


Memiliki gajet telefon pintar terkini sememangnya menjadi idaman semua. Namun kepesatan kemajuan teknologi yang terlalu cepat perkembangannya kadang-kadang membuatkan kita tidak terkejar dengan kemajuan teknologi.
Pelbagai kemajuan dan perkembangan telah dicapai dengan penghasilan gajet yang memiliki kemudahan serta variasi yang pelbagai untuk pengguna. Bagi penggemar telefon pintar, jom kita lihat 5 gajet canggih yang dikeluarkan pada tahun 2016.
galaxy-s7-edge-still
1.Samsung Galaxy S7 & S7 Edge
Samsung Galaxy S7 memiliki rekaan unik dengan badannya dibalut logam serta memiliki permukaan skrinnya yang melengkung. Ia turut dilengkapi dengan skrin 5.2 inci Super Amoled Quad HD.
HTC One M10
2. HTC One M10
Ia dikuasakan dengan perisian Android v6.0.1 Marshmallow dengan 2.15 GHz Snapdragon 820 Processor. HTC telah melancarkan telefon ini dengan kapasiti storan 32Gb dan 64Gb dengan storan SD Card sehingga 600Gb.
sony z6


3. Sony Experia Z6
Sony Experia Z6 didatangkan dengan paparan 5.2, 4.7 dan 5.5 inci skrin. Ia turut dilenhgkapi dengan kamera utama 23 megapixles dan kamera hadapan 5 megapixles. Mmepunyai kapasiti RAM 2Gb, telefon ini turut dilengkapi pemproses Snapdragon 810.

LG G5
4. LG G5
Dikuasakan dengan perisian Android OS, v6.0.1 (Marshmallow), LG G5 turut dilengkapi kamera 16 Megapixles  (f/1.8) + 8 MP (f/2.4), laser autofocus, OIS (3-axis), LED flash. Ia juga mempunyai sensor pengesan cap jari, accelerometer, gyro, proximity, kompas, barometer, spectrum warna.
asus zenfone 3
5. Asus Zenfone 3
Asus Zenfone 3 dilengkapi pemproses 64-bit Hexa-Core1.7GHz yang dipadankan dengan motherboard Qualcomm Snapdragon dan Adreno GPU.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 12, 2016
zenfone 5, mek preg mabuk dgn this phone. sampai sekarang anak dah 6bulan still xleh pakai. bahana sungguh