5 Cara Hilangkan Selulit Dalam Masa Seminggu

Selulit merupakan ‘gangguan’ kulit yang menjadi salah satu musuh kaum wanita.

Selulit ada di mana-mana. Di bahagian paha, di bawah perut, di punggung sehingga membuakan kulit kelihatan tidak rata, kasar dan menggeleber. Masalah selulit atau ‘stretch mark’ bukan hanya dialami oleh mereka yang bertubuh gempal sahaja. Orang kurus pun boleh mempunyai selulit yang biasanya wujud di bahagian paha dan bawah pinggang.


Apa sebenarnya selulit? Selulit merupakan penimbunan lemak di bahagian dalam lapisan kulit di atas otot yang memperlihatkan kedutan putih yang tak ubah seperti kulit buah limau purut.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan selulit ini. Antaranya, pola pemakanan, peningkatan hormon, gaya hidup yang tidak sihat, pakaian dalam yang terlalu ketat,penurunan berat badan secara drastik, selepas melahirkan anak dan sebagainya.

Selulit tidak boleh dihilangkan secara kekal, namun anda boleh mengurangi ketebalan selulit ataupun menyamarkan kewujudannya itu.  Ingin tahu cara hilangkan selulit? Baca artikel ini sampai habis.

Anda boleh  hilangkan selulit melalui pengambilan beberapa bahan makanan ini:

1. Blueberri

Buah ini mengandungi ‘polyphenol’ yang mengurangi pengumpulan lemak di dalam tubuh.

2.Sayuran hijau, kekacang dan bawang putih

Makanan ini  boleh memperkuat fungsi hati agar proses metabolisme dalam tubuh berjalan lancar sehingga lemak tubuh cepat hilang.

3. Lemon

Pati buah lemon ini membantu tubuh mengeluarkan racun  dan lemak jahat. Anda boleh menikmati perahan lemon ini  bersama  teh hijau, teh herbal atau teh  halia suam yang cukup menyihatkan.

4. Jus Sayuran & Buah-Buahan Hijau

Jus hijau ini adalah kombinasi daripada mentimun dan sayuran segar hijau yang mengandung serat tinggi. Pengambilan jus ini pada setiap hari mampu menghancurkan lemak dan memperlancarkan pembuangan air besar.

5. Tauge, Betik dan Nanas

Tauge, betik dan nanas mengandung ienzim yang kadarnya lebih tinggi daripada sayuran dan buah-buahan lain. Enzim ini diperlukan oleh tubuh untuk proses penghadaman. Selain itu, buah betik dan nanas membantu tubuh menghancurkan lemak dalam proses penghadaman sehingga tidak berkumpul di dalam tubuh.

6. Minyak Zaitun

Cuba ganti minyak goreng yang biasa anda gunakan untuk memasak dengan minyak zaitun. Bukan sahaja lebih sihat, masakan juga menjadi lebih enak.  Minyak masak yang melalui proses pemanasan adalah tidak sihat sehingga meningkatkan lagi jumlah kolesterol dan  lemak jahat di dalam tubuh.

Cara Hilangkan Selulit:

1. Gunakan Krim Penghilang Selulit

Ia akan membakar serta menghancurkan jaringan lemak yang ada di bawah permukaan kulit. Gunakan krim ini secara teratur dan lama-kelamaan selulit pun akan nampak samar.

2. Gunakan Kopi

Campurkan serbuk kopi yang teksturnya masih kasar dengan mintak zaitun sehingga menjadi pasta. Gosokkan scrub di bahagian tubuh yang mengalami selulit. Urut dengan gerakan memutar selama 10 minit bagi melepaskan sel lemak yang menyebabkan selulit. Biarkan seketika selama lima minit, dan bilas. Lakukan dua kali seminggu.

3. Rajin Bersenam

Lakukan senaman secara teratur dan fokuskan gerakan pada kawasan pinggang, paha dan lengan kerana selulit suka mentap di kawasan-kawsan tersebut.

4. Lakukan Urutan Secara Teratur

Tujuan urutan adalah untuk melancarkan perjalanan darah yang terdapat selulit. Oleh sebab itulah urutan pada kawasan yang berselulit disarankan diberikan urutan supaya perjalanan darahnya menjadi lancar. Secara tidak langsung, urutan juga akan menghancurkan jaringan lemak yang ada di bawah kulit.

5. Gunakan Pelembab Kulit Secara Teratur

Pelembab kulit boleh membuatkan kulit menjadi lembab dan tidak kering. Kulit yang lembab akan menjadi lebih sukar untuk diserang selulit. Jadi, sebab itulah anda perlu rajin menyapu pelembab kulit atau krim yang mengandungi pelembab selepas setelah mandi. Pori – pori kulit akan terbuka ketika anda selesai mandi dan itulah saat yang tepat untuk menyapu pelembab kulit.

0 comment... add one now